Utusan Borneo (Sarawak)

‘Footstep Power Generator’ muncul juara program PICE

-

KUCHING: Projek bertajuk ‘Footstep Power Generator’ rekaan pelajar Jabatan Kejurutera­an Mekanikal muncul juara program Politeknik Mukah Innovation, Competiton and Exhibition (PICE) yang berlangsun­g di Mukah kelmarin.

Program dwitahunan tersebut yang dianjurkan oleh Unit Penyelidik­an, Inovasi dan Komersial diterajui Norhayati Abdul Wahab bertujuan memberi peluang kepada para pelajar Diploma Politeknik Mukah untuk mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, sekali gus mengaplika­sikan teori dalam bidang yang dipelajari.

Selain mempamerka­n inovasi projek pelajar, program tersebut juga merupakan satu platform bagi para pensyarah mempamer dan membentang­kan karya inovasi mereka kepada panel yang dijemput khas.

Panel khas itu dibarisi jurutera dari JKR Daerah Matu Daro, Sarawak Energy Mukah, Sarawak Metal Press dan UiTM Mukah.

Pertanding­an bagi kategori inovasi pensyarah dibahagi kepada kategori kejurutera­an dan bukan kejurutera­an.

Manakala bagi pelajar, peserta yang terdiri daripada lima kumpulan dinilai di peringkat jabatan masing-masing untuk bertanding dalam kategori kejurutera­an, kategori bukan kejurutera­an dan kategori penulisan kajian.

Pelbagai aktiviti turut diadakan melibatkan pela- jar-pelajar sekolah di daerah Mukah.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah dis- empurnakan oleh Pengarah Politeknik Mukah Abdurani Yunus.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Zaulkafli Mohamed dan Timbalan Pengarah Sokong Akademik Iskandar Reduan.

 ??  ?? TAHNIAH: Abdurani menyampaik­an trofi kepada pemenang keseluruha­n sambil diperhatik­an oleh Zaukafli (dua kanan), Iskandar (kanan) dan Norhayati (dua kiri).
TAHNIAH: Abdurani menyampaik­an trofi kepada pemenang keseluruha­n sambil diperhatik­an oleh Zaukafli (dua kanan), Iskandar (kanan) dan Norhayati (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia