Asmari juarai kategori ibu bapa, guru ‘KidSS Fund Run 2018’ SMK Kidurong

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Asmari Osman menjuarai kategori ibu bapa dan guru larian amal ‘KidSS Fund Run 2018’ anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong semalam.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Sarkawi Adenan dan Ronald James.

Juara kategori lelaki pelajar menengah atas pula diraih Muhamad Hazwan Sarkawi, naib juara Afdhal Baharin dan ketiga disandang oleh Mohd Kamarulzaman Mohd Haizul Nizam.

Kategori pelajar perempuan menengah atas menyaksikan Vanessa Geman muncul juara, diikuti naib juara dan tempat ketiga masing-masing diraih oleh Elizabeth Elam dan Florence Gurusin.

Kategori pelajar lelaki menengah bawah pula diungguli Aqil Aqlan, naib juara Lorenz Bryan Robin dan tempat ketiga Muhammad Najib Sarkawi.

Manakala, juara kategori pelajar perempuan menengah bawah ialah Dorinna Manyie Seminai, naib juara Nur Ainul Mardhiah dan ketiga Daisy Leong.

Selain itu, kategori pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bersama ibu bapa juara Wesley Tawai, naib juara Mohd Wazir dan ketiga Faieezulleemi Abdullah.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengetua SMK Kidurong Rosli Salleh dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kidurong Wan Juliana Wan Mohd Zain, serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Larian amal itu bertujuan menambah dana tabung PIBG SMK Kidurong, membina jaringan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.