Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat digesa sentiasa gunakan otot dan otak supaya kekal sihat dan cerdas

-

KUALA LUMPUR: Pada usia 93 tahun dan jelas masih aktif dan kuat, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sebenarnya bukanlah seorang yang aktif bersukan.

Mengakui ia bercanggah dengan galakan sentiasa bersenam untuk kekal sihat dan cergas, Perdana Menteri secara berseloroh meminta rakyat Malaysia supaya tidak mencontohi­nya dalam perlakuan berkenaan.

“Saya tak guna otot dan tubuh badan saya seperti yang saya nasihat orang lain ( supaya bersenam), orang lain patut buat apa yang saya tak buat.

“Jangan ikut Dr Mahathir, dia suruh orang bersukan, ( tapi) dia tak bersukan,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Sukan Negara di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di Bukit Jalil semalam.

Hadir sama isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyertai ribuan rakyat pelbagai lapisan yang datang sejak awal pagi.

Dr Mahathir berkongsi pengalaman bahawa beliau bermain sukan ragbi ketika bersekolah.

Perdana Menteri berkata beliau terlibat dengan sukan itu kerana berasakan ia

Tetapi sekarang ini tidak bolehlah ragbi, dah lemah, dah tua, tapi jangan fikir orang tua ni tak boleh buat kerja. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

hanya memerlukan keberanian untuk ‘berkelahi’ di atas padang.

“Tetapi sekarang ini tidak bolehlah ragbi, dah lemah, dah tua, tapi jangan fikir orang tua ni tak boleh buat kerja,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir menggesa rakyat sentiasa menggunaka­n otot dan otak supaya kekal sihat dan cerdas.

Katanya pada ketika ini, rakyat lebih banyak menghabisk­an masa bekerja di dalam pejabat berhawa dingin tanpa banyak menggerakk­an otot.

Berpandang­an jauh, Dr Mahathir turut membayangk­an kapal terbang pada masa akan datang mempunyai ruang untuk bersukan termasuk gelanggang futsal bagi membolehka­n penumpang menggerakk­an otot mereka ketika penerbanga­n jarak jauh.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Mahathir mengucapka­n tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia, Indonesia yang berjaya mencapai sasaran 15 pingat emas.

“Skuad Para Asia kita ber- jaya capai sasaran, mereka betul- betul bersemanga­t bermain walaupun dengan berkerusi roda,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta pasukan bola sepak negara untuk berusaha mencapai kejayaan seperti pasukan bola sepak Korea Selatan dan Jepun yang pada suatu ketika dahulu pernah ditewaskan Malaysia.

“Pasukan bola sepak kita kena praktis betul- betul macam kita tengok pemain profesiona­l, macam mana nak pass ( hantar) bola, semua ini kena belajar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA MULA: Dr Mahathir (dua kanan) dan isteri Dr Siti Hasmah (kanan) melepaskan para peserta ‘fun ride’ pada Hari Sukan Negara di Bandar Sukan Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Syed Saddiq (tiga kanan) dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (empat kanan).
— Gambar Bernama SEDIA MULA: Dr Mahathir (dua kanan) dan isteri Dr Siti Hasmah (kanan) melepaskan para peserta ‘fun ride’ pada Hari Sukan Negara di Bandar Sukan Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Syed Saddiq (tiga kanan) dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (empat kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Mukhriz (tiga kiri) bersama peserta-peserta sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia Dan Sukan dekat Alor Setar, semalam. Turut hadir Asmirul (empat kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Mukhriz (tiga kiri) bersama peserta-peserta sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia Dan Sukan dekat Alor Setar, semalam. Turut hadir Asmirul (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia