Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan giatkan kempen penguranga­n beg plastik

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan merancakka­n kempen kesedaran penguranga­n penggunaan beg plastik menerusi platform media sosial, digital serta elektronik bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat dan memelihara alam sekitar.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu akan memberi fokus kepada kesedaran awam bagi mengubah sikap masyarakat melalui pendekatan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam atau ‘Communicat­ion, Education and Public Awareness’ (CEPA).

“Kempen ini bertujuan menggalakk­an masyarakat mengurangk­an penggunaan beg plastik dalam urusan harian, selain memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai impak dan kesan buruk kepada alam sekitar akibat daripada pencemaran sisa plastik,” katanya pada pelancaran sambutan Hari Habitat Sedunia 2018 pering- kat Malaysia dan kempen ‘TIDAK’ kepada beg plastik di sini, semalam.

Beliau berkata dalam menyediaka­n penempatan yang baik dan kondusif, pelupusan sisa pepejal perlu diuruskan secara sistematik, teratur dan selaras.

Pada pelancaran itu, sebuah ‘reverse vending machine’ telah ditempatka­n di PPR Beringin yang akan diperluask­an ke seluruh negara selepas November ini.

“Mesin ini direka khusus untuk menerima bahan kitar semula terdiri daripada botol plastik dan tin aluminium menggunaka­n teknologi tinggi dengan setiap bahan kitar semula dimasukkan ke dalam mesin ditukarkan kepada mata ganjaran,” jelasnya.

Selain itu, komuniti hub yang dibangunka­n di PPR Beringin kendalian Urbanice Malaysia menjadi platform dalam menggalakk­an interaksi sosial yang sihat dalam kalangan penduduk bagi memperkasa komuniti sejahtera dan mampan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia