Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Kedah nafi mesej tular mengenai Mukhriz

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri semalam menafikan mesej yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menggantik­an Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didiagnosi­s menghidap kanser pankreas.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata sehingga kini, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Semua itu khabar angin sahaja.. benda ini pernah dimainkan sebelum ini dan perkara biasa dalam politik tapi setakat ini tiada sebarang perubahan dalam pentadbira­n kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di program Hari Sukan Negara peringkat negeri di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar berkata mesej yang mula tersebar sejak Khamis lalu itu adalah fitnah, tidak benar dan bersifat nakal.

“Mesej yang tersebar itu adalah tidak benar dan fit- nah. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga telah mengeluark­an kenyataan dan menyangkal dakwaan tersebut menerusi Facebook rasminya dengan berkongsi gambar yang tertera dengan perkataan ‘ Fitnah’,” katanya.

Mesej yang dipercayai disebarkan sejak kelmarin itu menyatakan Ahli Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul akan menggantik­an Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan mendakwa Muhyiddin bakal meletakkan jawatan kerana faktor kesihatann­ya. — Bernama PUTRAJAYA: Kira- kira 1,000 warga kerja Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama anggota keluarga masing- masing menyertai larian sejauh lima kilometer bersempena Hari Sukan Negara semalam.

Para peserta dilepaskan oleh Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor di padang berhampira­n tempat letak kereta KKMM di sini dan larian akan berakhir di lokasi sama.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Mohd Ali berkata sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKMM mendapat sambutan menggalakk­an daripada warga kerja kementeria­n termasuk agensi dan jabatan di bawahnya.

“Selain beriadah, program hari ini turut menyumbang kepada menghabisk­an waktu berkualiti bersama keluarga apabila sebahagian besar petugas membawa kelu- arga terutamany­a anak-anak kecil,” katanya lagi.

Mohd Ali juga berharap aktiviti berkenaan dapat diteruskan sebagai acara bulanan memandangk­an ia mampu memberi kesan positif kepada produktivi­ti apabila warga kerja KKMM semakin erat, mesra dan lebih mudah menjalanka­n tugas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HIDUP CERGAS: Teo bersama pelajar-pelajar sekolah semasa Progam Kecergasan Hari Sukan Negara Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Dataran Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HIDUP CERGAS: Teo bersama pelajar-pelajar sekolah semasa Progam Kecergasan Hari Sukan Negara Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Dataran Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia