Utusan Borneo (Sarawak)

Kerani rugi RM31,502 ditipu syarikat pemberi pinjaman yang tak wujud

-

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di kawasan Bangi Avenue, Kajang, mengalami kerugian kira-kira RM500,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjata tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.47 tengah hari apabila tiga lelaki bersenjata­kan objek menyerupai pistol dan tukul besi masuk ke premis itu.

“Menurut saksi, dua daripada suspek bertindak memecahkan cermin kaunter pameran (emas) menggunaka­n tukul besi, manakala seorang lagi suspek bersenjata­kan objek menyerupai pistol menunggu di bahagian luar premis,” katanya dalam satu kenyataan, malam kelmarin.

“Siasatan polis juga mendapati semasa kejadian, terdapat dua pekerja wanita yang sedang bertugas dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama KUANTAN: Hasrat seorang kerani untuk memulakan perniagaan tidak kesampaian apabila ditipu oleh syarikat pemberi pinjaman yang tidak wujud, yang dihubungin­ya hanya menerusi media sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berumur 29 tahun itu mendakwa mengalami kerugian RM31,502, selepas diminta membuat pembayaran kokonnya bagi tujuan kos guaman dan bayaran pentadbira­n untuk pinjaman RM200,000.

Beliau berkata lelaki itu mendakwa tertarik untuk membuat pinjaman RM200,000 bagi dijadikan modal perniagaan selepas membaca iklan pinjaman yang kononnya ditawarkan syarikat Swasta Solution di Facebook pada 30 Sept lalu.

“Dia kemudianny­a mengisi borang permohonan secara ‘ online’ sebelum dihubungi suspek yang dikenali sebagai Mr Wong yang kemudianny­a menyambung panggilan kepada seorang lagi suspek lelaki, kononnya bos kepada syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia