Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan lelaki belasah tiga lelaki ditahan polis

-

BUTTERWORT­H: Polis menahan lapan lelaki yang disyaki membelasah tiga lelaki sehingga mengalami kecederaan berikutan masalah hutang di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lapan lelaki berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan Khamis lalu dan kelmarin dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang.

“Polis percaya dengan penahanan lapan lelaki itu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan kami dapat menyelesai­kan kes tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata semua mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, tiga lelaki berkenaan pergi ke kedai berkenaan untuk berbincang dengan seorang daripada lelaki daripada kumpulan terbabit yang berhutang dengan mangsa.

Ketika perbincang­an itu telah berlaku pertengkar­an antara mereka sebelum suspek bersama beberapa rakan yang lain terus menyerang mangsa dan dua rakannya menggunaka­n kerusi dan parang.

Tiga lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu mengalami beberapa kecederaan di bawah lutut kanan serta lengan kiri akibat ditetak serta patah kaki kanan dan patah pergelanga­n tangan kiri serta lebam dan luka di kepala serta tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia