Utusan Borneo (Sarawak)

Lima menteri antara 419 penerima darjah kebesaran Melaka

-

MELAKA: Lima menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kali ini.

Mereka yang merupakan antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Borhan Dolah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang.

Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Roslan Md Taha; Pengarah Urusan Kuala Linggi Internatio­nal Port Datuk Noormustaf­a Kamal Yahya; Pengarah Urusan Fazil Group Datuk Mohamad Fazil Shafie dan Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd Datuk H’ng Bak Tee.

Adly berkata Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mendahului senarai penerima itu bersama-sama 160 penerima lain pada istiadat penganuger­ahan sesi pertama hari ini manakala sesi kedua membabitka­n 258 penerima dijadualka­n pada 10 Nov.

Menurut beliau seramai sembilan akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka ( DCSM) membawa gelaran ‘Datuk Wira’ antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Omar Jaafar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik; Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Hatta Md Ramli dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

“Pakar perunding perubatan Datuk Seri Dr L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd Datuk Muhamad Faizal Zainol; Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara Datuk Md Wira Dani Abdul Daim dan Presiden Sekretaria­t Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin,” katanya.

Seramai 18 individu dianugerah­i Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Exco Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohid­een; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew; Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis dan Exco Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab.

“Pegawai Kewangan Negeri Melaka Hanafi Sakri; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Mohamad Abazafree Mohd Abbas; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Wong Fort Pin; Naib Presiden AMANAH Senator Husam Musa dan Timbalan Ketua Audit Negara Zulkipli Abdullah,” katanya.

Adly berkata Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pula menyaksika­n 59 penerima tahun ini antaranya Duta Besar Malaysia ke Myanmar Zahairi Baharim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n) Jabatan Ketua Menteri Melaka Salhah Salleh; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka Zaidi Johari dan Ketua ICT Melaka Wahilman Siwar.

Turut menerima DPSM ialah Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka Mariam Ilias; Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Putra Specialist Hospital Melaka Dr K. Parameswar­an; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Concord Green Energy Sdn Bhd Abdul Malik Mohd Hussin; Pengarah Syarikat Kujaya Group Wan Kian Han dan bekas Olahragawa­n Kebangsaan M. Ramachandr­an, katanya.

Katanya seramai 18 orang akan menerima Darjah Seri Melaka (DSM); 35 dianugerah­i Bintang Cemerlang Melaka (BCM); 72 menerima Bintang Khidmat Terpuji ( BKT); 100 menerima Pingat Jasa Kebaktian PJK); 87 dianugerah­i Pingat Bakti Masyarakat (PBM); dan tujuh menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia