Utusan Borneo (Sarawak)

Mudahkan 68,317 pemilih berdaftar tunaikan tanggungja­wab

-

PORT DICKSON: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula jam 8 pagi semalam di kesemua 32 pusat pengundian bagi membolehka­n 68,317 pemilih berdaftar menunaikan tanggungja­wab mereka.

Pusat pengundian yang merangkumi sekolah dan dewan orang ramai itu akan ditutup pada jam 5.30 petang semalam.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyasarka­n 70 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK ini dan keputusan dijangka diumumkan pada 10 malam.

Proses penjumlaha­n undi akan dilakukan di Dewan Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) di sini sebaik proses pengundian tamat pada 5.30 petang.

Pertanding­an tujuh penjuru dalam PRK ini menyaksika­n pertembung­an calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personalit­i media sosial Stevie Chan Kee Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah univer- siti swasta Lau Seck Yan.

Mohd Isa satu- satunya calon yang layak mengundi dan dijangka berbuat demikian di Sekolah Kebangsaan Linggi.

Kawasan Parlimen Port Dickson mempunyai keseluruha­n 77,750 pengundi termasuk pengundi awal dan merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus.

Pengundian awal yang melibatkan 7.191 pemilih terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis berlang- sung pada Selasa lepas.

PRK itu diadakan selepas penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, meletak jawatan pada 12 Sept lepas bagi membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional (BN) Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Chuah dan Lukut yang masing- masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR).

PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat selepas PRK DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, kesemuanya di Selangor, selepas PRU14 yang diadakan 9 Mei lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Anwar (kiri) yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson beramah mesra bersama pengundi ketika membuat lawatan di pusat pengundian bagi PRK Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dekat Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Anwar (kiri) yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson beramah mesra bersama pengundi ketika membuat lawatan di pusat pengundian bagi PRK Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia