Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan ujian laksa di Baling diketahui sehari dua lagi

-

ALOR SETAR: Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di Kampung Landak, Baling dekat sini yang disyaki punca keracunan dan menyebabka­n dua kematian, dijangka diketahui selewat-lewatnya dua hari lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pihakya perlu menunggu laporan penuh ujian sebelum dapat mengesahka­n punca kejadian.

“Sekiranya berpunca daripada laksa di premis berkenaan tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Dr Lee berkata setakat semalam, terdapat tiga kes baharu di Perak menjadikan jumlah keseluruha­n kes kepada 83 kes dengan pecahan 34 kes di Perak (termasuk dua kematian), 25 di Kedah dan 24 di Selangor serta satu kes masih berada di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Dr Lee berkata pihaknya akan melipatgan­dakan promosi serta kempen larangan merokok di semua restoran dan premis makanan sebelum ia dikuatkuas­akan pada 1 Jan 2019.

“Kita akan kuat kuasakan larangan merokok tersebut, tetapi sebelum itu kempen dan promosi mengenainy­a akan dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya rokok dan kesannya kepada orang ramai sebelum kita ambil tindakan nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia akan menguatkua­sakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini termasuk warung di tepi jalan, berkuat kuasa 1 Jan depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Lee (kiri) mengadakan lawatan di ruang pameran pada Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ di Alor Setar, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh (dua kiri).
— Gambar Bernama LAWAT: Lee (kiri) mengadakan lawatan di ruang pameran pada Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ di Alor Setar, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia