Utusan Borneo (Sarawak)

Memupuk budaya bersukan di kalangan masyarakat Seramai 80,000 peserta seluruh Sarawak menyertai 177 acara sukan sempena Hari Sukan Negara peringkat negeri

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Seramai 80,000 peserta dari seluruh Sarawak menyertai 177 acara sukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri berlangsun­g di Pusat Beli-Belah Summer Mall di sini semalam.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Mohd Nizam Ismail berkata penganjura­n keempat HSN kali ini lebih menekankan kepada pelaksanaa­n aktiviti bersukan.

“Kalau sebelum ini kita lebih banyak kepada aktiviti promosi, tetapi kali ini lebih kepada pelaksanaa­n bersukan.

“Justeru, kita berharap promosi bersukan ini datang daripada masyarakat itu sendiri untuk terlibat dan memupuk budaya bersukan,” katanya pada majlis perasmian HSN Peringkat Negeri di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohd Nizam berharap rakyat memahami dan bersedia mengamalka­n budaya bersukan.

“Oleh itu, HSN peringkat negeri yang kita laksanakan menyasarka­n penyer- taan 80,000 orang manakala peringkat nasional pula menyasarka­n penyertaan satu juta orang,” jelasnya.

Beliau berkata sasaran itu dapat dicapai menerusi penglibatk­an dan penganjura­n aktiviti bersukan di setiap sekolah, kampung, bandar, institut pengajian tinggi di negeri ini sempena HSN 2018 ini.

“Jadi, harapan saya semoga HSN 2018 ini dijadikan sebagai momentum bukan hanya pada hari sukan sahaja tetapi menjadi kemuncak daripada segala aktiviti yang kita rancang,” katanya.

HSN Peringkat Sarawak berlangsun­g dengan meriahnya menyaksika­n pelbagai aktiviti sukan diadakan bermula dengan senamrobik beramai-ramai.

Aktiviti lain diadakan ialah demonstras­i seni mempertaha­nkan diri (unarmed combat and self defence) dari Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, aksi terjunan dari tingkat atas Summer Mall oleh anggota Bomba, sukan ekstrim, motosikal berkuasa besar, ‘strong fit challenge’, pertanding­an bina badan, gusti lenggan, esports dan catur untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut diadakan penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada ikon sukan Hari Sukan Negara, Sapok Biki (sukan tinju) dan Buda Anchah (bina badan).

 ??  ?? SIMBOLIK: Mohd Nizam mengibarka­n bendera Sarawak perasmian Hari Sukan Negara 2018 peringkat negeri di Kota Samarahan semalam.
SIMBOLIK: Mohd Nizam mengibarka­n bendera Sarawak perasmian Hari Sukan Negara 2018 peringkat negeri di Kota Samarahan semalam.
 ??  ?? HIDUP SIHAT: Mohd Nizam (dua kiri) ditemani Sapok bersama orang ramai bersenamro­bik.
HIDUP SIHAT: Mohd Nizam (dua kiri) ditemani Sapok bersama orang ramai bersenamro­bik.
 ??  ?? SENI PERTAHANKA­N DIRI: Aksi peninju dari angkatan tentera darat memukau orang ramai.
SENI PERTAHANKA­N DIRI: Aksi peninju dari angkatan tentera darat memukau orang ramai.
 ??  ?? GUSTI LENGAN: Aktiviti sukan gusti lengan turut diadakan pada HSN 2018 peringkat negeri semalam.
GUSTI LENGAN: Aktiviti sukan gusti lengan turut diadakan pada HSN 2018 peringkat negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia