Utusan Borneo (Sarawak)

Rashford dipersalah­kan selepas gagal menyempurn­akan beberapa peluang buat England dalam aksi Liga Negara-Negara

-

RIJEKA: Cubaan England untuk membalas dendam Piala Dunia ke atas Croatia tidak kesampaian ekoran keputusan seri 0-0 dalam Liga Negara-Negara di hadapan stadium kosong di Rijeka kelmarin dan pasukan pelawat terpaksa merenungka­n ketumpulan Marcus Rashford di hadapan gawang.

Rashford dua kali merembat bola yang terlalu dekat dengan Dominik Livakovic dengan hanya penjaga gol Croatia itu sahaja untuk ditewaskan, manakala Eric Dier dan Harry Kane turut melihat cubaa mereka terkena tiang gol untuk pasukan Three Lions manakala Croatia terpaksa bertungkus-lumus.

Bagaimanap­un, satu mata tidak berbuat apa-apa bagi harapa kedua-dua pasukan untuk merampas kedudukan Sepanyol, yang menewaskan kedua- dua pasukan pada bulan lepas, dan mara ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara yang julung kali pada musim panas seterusnya.

Croatia selesai menjalani hukuman UEFA untuk bermain dalam dua perlawanan dalam stadium tertutup selepas simbol swastika diukir di atas padang sewaktu perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Itali pada Jun 2015.

S e k u m p u l a n k e c i l penyokong England yang duduk di atas sebuah bukit tidak jauh dari stadium dengan kapasiti 8,000 penonton yang lengang di Rijeka cuba memberikan galakan.

Bagaimanap­un suasana kosong dalam stadium dicerminka­n di atas padang apa- bila kedua-dua pasukan tidak mempamerka­n kehebatan mereka di Piala Dunia ketika Croatia menewaskan England 2-1 pada peringkat separuh akhir.

Pengurus England Gareth Southgate memilih skuad yang amat mentah, termasuk enam pemain yang julung kali mewakili negara.

Tiada seorang pun muka baharu diturunkan dalam barisan kesebelasa­n utama, tetapi pemain Leicester, Ben Chilwell, memulakan per- lawanan pertamanya dan hampir mencipta gol pembukaan dengan hantaran lintang rendah yang cantik tetapi Josip Pivaric bertindak dengan baik untuk menghalang Raheem Sterling daripada menjaringk­an gol.

Mario Mandzukic menjaringk­an gol kemenangan untuk menamatkan impian England di Piala Dunia 93 hari yang lalu di Moscow, tetapi tanpa penyerang Juventus itu, yang sudah bersara daripada bola sepak antarabang­sa, Croatia tidak ada pemain tumpuan di barisan hadapan.

Andrej Kramaric memperoleh­i peluang terbaik pasukan tuan rumah, tetapi meletakkan rembatanny­a daripada hantaran ke belakang oleh Ivan Perisic terlalu dekat dengan Jordan Pickford, yang menyelamat­kan bola dengan pintar.

Ketangkasa­n England dalam situasi bola mati memainkan peranan besar dalam kejayaan mereka di Piala Dunia dan sekali lagi terbukti senjata yang berbisa.

Enam minit selepas waktu rehat, Kane melompat paling tinggi untuk menyambut bola daripada tendangan percuma Henderson hanya untuk melihat tandukanny­a melantun balik daripada palang gol.

Jurulatih Croatia Zlatko Dalic mengadu selepas kekalahan 6-0 kepada Sepanyol bahawa pasukannya masih letih ekoran kempen mereka pada musim panas lalu dan mereka pudar lagi apabila England menguasai perlawanan pada awal babak kedua.

Ross Barkley amnya gagal untuk menggunaka­n peluangnya untuk membuktika­n diri dalam penampilan antarabang­sa pertama bagi pemain tengah Chelsea itu sejak dua setengah tahun lalu.

Bagaimanap­un dia membuat tuntutan yang kuat untuk tendangan penalti yang tidak diberikan apabila dia meluru ke dalam kotak penalti dan terjatuh selepas diasak dengan cemerkap oleh Ante Rebic.

Rashford merupakan seorang daripada beberapa pemain England yang muncul dengan pujian dalam perlawanan antarabang­sa terakhir apabila dia menjaringk­an gol ketika menentang Sepanyol dan kemenangan persahabat­an ke atas Switzerlan­d.

Namun penyerang Manchester United itu gagal mengutip tiga mata untuk pasukannya apabila dia mensia-siaka dua peluang keemasan berturut-turut sejurus sebelum minit ke-60.

Dua kali Rashford menghasilk­an penyudah lemah ke sebelah kiri Livakovic dan penjaga gol Dinamo Zagreb itu menyelamat­kan bola dengan mudah.

Southgate memasukkan pemain berusia 18 tahun, Jadon Sancho, untuk penampilan antarabang­sa sulungnya 12 minit sebelum tamat bagi memburu kemenangan tetapi pemain remaja Borussia Dortmund itu tidak dapat memberi dorongan terakhir dan England terpaksa berpuas hati dengan satu mata. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara di antara Croatia dan England di Stadion HNK Rijeka. Perlawanan berkesudah­an dengan keputusan seri tanpa jaringan.
— Gambar Reuters BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara di antara Croatia dan England di Stadion HNK Rijeka. Perlawanan berkesudah­an dengan keputusan seri tanpa jaringan.
 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL GERAKAN: Neymar (tengah) di awasi oleh lima pemain Arab Saudi pada aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium King Saud di Riyadh.
— Gambar AFP KAWAL GERAKAN: Neymar (tengah) di awasi oleh lima pemain Arab Saudi pada aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium King Saud di Riyadh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia