Utusan Borneo (Sarawak)

Austria raih tiga mata melalui gol Arnautovic

-

VIENNA: Marko Arnautovic menjaringk­an gol kemenangan Austria untuk menewaskan Ireland Utara 10 yang mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Liga Negara-Negara.

Arnautovic, penyerang West Ham, menjaringk­an gol di separuh masa kedua di Vienna untuk memberikan kemenangan pertama mereka kepada Austria dalam pertanding­an baharu itu.

Kejayaan dalam Liga Negara-Negara dapat menjamin tempat di Euro 2020 tetapi Ireland Utara masih jauh lagi daripada sasaran itu, kerana mereka menduduki tempat tercorot dalam kumpulan tiga pasukan yang turut merangkumi Bosnia.

Mereka sekarang perlu memenangi perlawanan menentang Bosnia esok (Isnin) di Sarajevo untuk terus berpeluang menduduki tempat pertama.

Pasukan Michael O’Neill ternyata tidak bertaring tanpa penyerang Rangers, Kyle Lafferty, yang memulakan perlawanan dalam kekalahan kepada Bosnia pada bulan lepas tetapi menarik diri daripada skuad dengan notis lambat, atas alasan kecederaan sebelum perlawanan menentang Austria.

“Marko Arnautovic memiliki kualiti itu dan ia adalah penyudah yang baik. Kami bermain lebih baik tetapi saya rasa pengadil tidak membantu kami, sejujurnya,” kata O’Neill.

“Mungkin saya sedikit berat sebelah tetapi di sepa- ruh masa pertama, kami seakan-akan tidak mendapat apa-apa.

“Asakan cenderung memihak kepada pasukan tuan rumah. Saya rasa ia mengganggu keadaan sedikit.”

Ireland Utara menerima tekaa pada awal perlawanan apabila penjaga gol Bailey Peacock- Farrell menerima bola hantaran ke belakang dari Jonny Evans dalam kawasannya untuk menghadiah­kan tendangan percuma tidak langsung kepada Austria.

Arnautovic merembat bola terus ke benteng pertahanan, tetapi kesilapan awal mencermink­an prestasi selekeh Ireland Utara.

Ireland Utara mendapat peluang untuk menjaringk­an gol apabila Ollie Norwood menjumpai pemain sayap Millwall, Shane Ferguson, tetapi dia menanduk bola tinggi yang tersasar jauh.

Peacock-Farrell menafikan Arnautovic dan Marcel Sabitzer berturut-turut, manakala Steven Davis mensia-siakan peluang terbaik Ireland Utara apabila dia melakukan rembatan yang tersasar selepas berjaya melepasi benteng pertahanan.

Arnautovic mahukan tendangan penalti pada minit ke-65 apabila dia cuba mengelecek Jamal Lewis, tetapi pengadil tidak menunjukka­n minat.

Bagaimanap­un dia tidak ada masa untuk menyesali keputusan itu apabila Austria menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke-71.

Dengan menewaskan perangkap ofsaid Ireland Utara dengan larian yang cantik, Arnautovic menerima hantaran Peter Zulj dan melorong bola melepasi Peacock-Farrell.

O’Neill memasukkan Kyle Vassell untuk penampilan sulungnya bersama Ireland Utara selain turut memperkena­lkan Will Grigg pada hujung perlawanan.

Grigg nyaris menyelamat­kan satu mata pada minit ke-84 apabila dia menyambut bola tendangan sudut oleh McNair dengan tandukan yang melantun keluar dari tiang jauh. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara di antara Austria dan Ireland Utara di Vienna, Austria.
— Gambar Reuters PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara di antara Austria dan Ireland Utara di Vienna, Austria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia