Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi paksa Brazil kerah tenaga

-

RIYADH: Brazil bermain bertungkus- lumus untuk mencatatka­n kemenangan 20 ke atas pasukan tuan rumah Arab Saudi dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa kelmarin.

Pemain Manchester City, Gabriel Jesus, menjaringk­an gol sejurus sebelum waktu rehat dan Alex Sandro menjaringk­an tandukan kencang dari tendang sudut Neymar pada minit keenam dalam masa kecederaan.

Brazil seterusnya akan menentang musuh ketat Argentina pada Selasa ini.

Argentina, yang akan bermain tanpa Lionel Messi yang direhatkan, menewaskan Iraq 4-0 pada Khamis lepas.

Brazil pasti pasukan yang lebih bimbang menjelang perlawanan pada Selasa ini di Jeddah kerana mereka gagal untuk menyinar ketika menentang Arab Saudi, yang hampir meletakkan diri di hadapan selepas enam minit, sebelum Casemiro mengeluark­an bola.

Jesus, yang tidak bermain d a l a m k e m e n a n g a n persahabat­an Brazil ke atas Amerika Syarikat ( 20) dan El Salvador ( 5- 0) pada bulan lepas, meraikan kepulangan­nya ke dalam pasukan dengan satu gol sejurus sebelum waktu rehat.

J e s u s m e n y a k s i k a n tandukan yang menuju ke gawang diselamatk­an dengan cantik oleh penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al Owais, sebelum Neymar melorongka­n bola kepadanya untuk menjaringk­an gol pada minit ke-43.

Pemain Tottenham, Lucas Moura, hampir menjaringk­an gol kedua selepas satu lagi hantaran cantik daripada Neymar.

Neymar sendiri nyaris menjaringk­an gol beberapa minit kemudian dengan rembatan dari luar kawasan penalti.

Arab Saudi menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Al- Owais dibuang dari padang 10 minit sebelum tamat kerana menyentuh bola di luar kawasan penalti ketika ditekan oleh Richarliso­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia