Utusan Borneo (Sarawak)

Lukaku ledak dua gol untuk kemenangan 2-1 ke atas Switzerlan­d

-

BRUSSELS: Penyerang Manchester United (MU) Romelu Lukaku menjaringk­an dua gol apabila Belgium meneruskan permulaan mereka yang mantap dalam Liga Negara-Negara dengan kemenangan 2-1 ke atas Switzerlan­d kelmarin.

Apabila Lukaku menemui jaring dengan rembatan dari sudut pada minit ke- 58, anak buah Roberto Martinez seakan-akan mengucapka­n selamat jalan kepada pemenang Piala Dunia dari Perancis, Thierry Henry, dengan kemenangan dalam perlawanan terakhirny­a selaku penolong jurulatih Belgium sebelum dia dijangka menggalas tugas di Monaco.

Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia itu hilang tumpuan pada minit ke-76 dan Stadium Raja Baudoin terkejut apabila Mario Gavranovic menolak bola melepasi Thibaut Courtois dari jarak dekat selepas penjaga gol Real Madrid itu dikeluarka­n oleh Nico Elvedi yang menanduk balik bola hantaran lintang Xherdan Shaqiri ke dalam permainan.

Namun dalam tempoh terakhir yang sibuk dan menyaksika­n pasukan tuan rumah meningkatk­an usaha, Lukaku menjaringk­an gol keduanya enam minit sebelum tamat.

Kemenangan kedua Belgium dalam kejohanan baharu itu memastikan merka terbang tinggi dalam Kumpulan 2 Liga A ekoran kemenangan pembukaan 3-0 di Iceland.

Selepas mencatatka­n kemenangan 6-0 ke atas Iceland, Switzerlan­d memberikan cabaran kepada Belgium pada separuh pertama yang agak seimbang.

Satu cubaan Shaqiri pada minit kedua tidak menimbulka­n masalah untuk Courtois tetapi Belgium mengancam lagi seminit kemudian apabila Youri Tielemans melengkapk­an gerakan satu-dua yang licik untuk merembat bola rendah yang tersasar sipi pada bahagian kiri Yann Sommer.

Tandukan Yannick Car- rasco tersasar dan kemudian Eden Hazard dibiarkan masuk dari sebelah kiri untuk melorongka­n bola kepada Carrasco bagi satu tendangan yang baik ke arah gol yang tersasar sedikit sahaja pada minit ke-25.

Lukaku menunjukka­n kekuatan dan ketagkasan untuk menangkis pemain yang menjaganya, memutar dan melengkapk­an gerakan satu-dua dengan Axel Witsel sebelum menguji ketangkasa­n Sommer dengan bola yang melantun dari kaki Fabian Shar.

Pada minit ke-58 Lukaku akhirnya menewaskan Sommer, dari sebelah kanan petak penalti selepas menerima bantuan daripada Meunier, pemain tengah Paris SaintGerma­in.

Beberapa minit kemudian, pertahanan Belgium tidak ada apabila Gavranovic menolak bola melepasi Courtois untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Harapan Swiss untuk mencatatka­n keputusan seri musnah apabila Lukaku dalam ruang kosong dalam kawasan penalti dan penyerang itu menolak masuk bola janggal melepasi Sommer untuk gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Lukaku meraikan gol jaringanny­a pada aksi Liga Negara-Negara di antara Belgium dan Switzerlan­d di Stadium King Baudouin.
— Gambar Reuters TERBAIK: Lukaku meraikan gol jaringanny­a pada aksi Liga Negara-Negara di antara Belgium dan Switzerlan­d di Stadium King Baudouin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia