Utusan Borneo (Sarawak)

Skuasy: Harith melakar satu lagi kejayaan

-

KUCHING: Pemain nombor satu kebangsaan bawah 13 tahun, Harith Danial Jefry melakar satu lagi kejayaan manis pada Sirkit Remaja Sportexcel- NSC- Milo yang diadakan di Pusat Skuasy Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Atlet kelahiran Miri muncul pilihan pertama kejohanan itu memenangi kategori tersebut yang ke14 pada tahun ini selepas menjinakka­n Veroon Heng dari Melaka dengan 3- 0 ( 11- 2, 11- 5, 11- 6) dalam aksi final.

Rakan sepasukann­ya, Wong Lee Hong menduduki tempat ketiga selepas berjaya mengatasi Tristan Andreas Nuyou Angkas dari Sabah dalam aksi ‘ play- off’.

Dua lagi wakil Sarawak, Chris Lau dan Claudia Yong masing- masing menduduki tempat keenam dan kelima dalam kategori bawah 15 tahun lelaki dan wanita.

Musim 2018 menjadi tahun cemerlang buat Harith yang mencatat beberapa kejayaan membanggak­an.

Beliau menduduki tempat ke- 11 pada Kejohanan Remaja Dunia pada Januari lalu sebelum dinobatkan juara pada Kejohanan MSSR pada Februari lalu.

Bintang baharu i tu turut memenangi acara berpasukan dan individu MSSM, MSSS termasuk juara keseluruha­n Bawah 12 tahun lelaki MSSM dan Kejohanan Remaja Kebangsaan pada Mac lalu.

K e m e n a n g a n l a i n t ermasuk Kejohanan Remaja Borneo, Terbuka Remaja Malaysia PBA Ke14, Pusingan Pertama dan Kedua CIMB Rising Star, Kejohanan CMS Pusingan di Miri, Pusingan Pertama dan Kedua Sirkit Skuasy Remaja Sportexcel- NSC- Milo.

 ??  ?? LAKAR KEJAYAAN: Harith (dua kiri) bersama ( dari kanan) Claudia, Wong, Chris dan Ketua Jurulatih Sarawak, Andre Kho pada kejohanan Sirkit Remaja Sportexcel-NSCMilo di Kuala Lumpur.
LAKAR KEJAYAAN: Harith (dua kiri) bersama ( dari kanan) Claudia, Wong, Chris dan Ketua Jurulatih Sarawak, Andre Kho pada kejohanan Sirkit Remaja Sportexcel-NSCMilo di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia