Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa diingat bijak pilih persatuan sukan untuk jamin masa depan anak

-

KUCHING: Ibu bapa diingat agar bijak memilih persatuan sukan yang diiktiraf dan menjadi ahli gabungan badan kebangsaan untuk menjamin masa depan anakanak mereka.

Ia ditegaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee semasa berucap pada perasmian Kejohanan Wushu Sarawak di Dewan SJK Chung Hua No. 4 di sini semalam.

Memberi contoh sukan wushu, Ong berkata hanya Persekutua­n Wushu Sarawak (WFS) diiktirafk­an sebagai ahli gabungan badan kebangsaan.

“Untuk anak- anak anda pergi jauh sehingga ke peringkat kebangsaan dan boleh bertanding pada Sukan SEA, Sukan Asia atau manamana kejohanan dunia, anda perlu memilih ahli gabungan yang betul.

“Saya tidak menentang ahli-ahli gabungan lain namun kita mempunyai per- aturan ketat yang ditetapkan di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM),” katanya.

Justeru, Ong mahu ibu bapa dan sekolah faham kenapa mereka perlu menghantar anak- anak mereka menyertai kejohanan di bawah anjuran ahli-ahli gabungan badan kebangsaan.

Jelas beliau, ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengangkat martabat Sarawak sebagai kuasa sukan wushu.

Ong yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) berkata, SSC juga memulakan program pembanguna­n peringkat akar umbi.

“Bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar, pihak kami perlu memastikan jumlah atlet di peringkat akar umbi sentiasa mencukupi justeru sekolah menjadi sumber utama atlet di peringkat akar umbi yang kemudianny­a dibentuk menjadi atlet berpotensi,” jelasnya.

Mengenai kejohanan itu, Ong memuji inisiatif penganjur yang berjaya menarik penyertaan hampir 300 peserta dari seluruh negeri.

“Kita berjanji akan terus menyokong program pembanguna­n sukan wushu terutamany­a atlet- atlet remaja yang menjadi bakat masa depan dan mampu mengorak lebih jauh sehingga ke peringkat dunia,” katanya.

Ong berkata, beliau sudah merangka program dengan kementeria­n dan mungkin menghantar atletatlet ke China untuk latihan terutamany­a yang berbakat bagi memastikan kita boleh mencabar Melaka, Negeri Sembilan atau negeri-negeri lain.

“Untuk pembanguna­n sekarang, saya melihat ia sangat bagus dan kita lihat ramai atlet mengambil bahagian. Namun, apa yang penting ialah atlet- atlet perlu ada keyakinan diri dan percaya diri sendiri,” katanya.

Hadir sama Presiden WFS, Allen Wong Siew dan Timbalan Presiden, James Ting.

 ??  ?? KURSUS JURULATIH: Fazzrudin (duduk tengah) bersama fasilitato­r, jurulatih serta peserta kursus jurulatih olahraga di Kuching, Jumaat lalu.
KURSUS JURULATIH: Fazzrudin (duduk tengah) bersama fasilitato­r, jurulatih serta peserta kursus jurulatih olahraga di Kuching, Jumaat lalu.
 ??  ?? BERBAKAT: Ong (sembilan kiri) bersama penganjur, tetamu dan atlet-atlet pada kejohanan wushu Sarawak di Kuching semalam.
BERBAKAT: Ong (sembilan kiri) bersama penganjur, tetamu dan atlet-atlet pada kejohanan wushu Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia