Utusan Borneo (Sarawak)

24 peserta tamatkan Kursus Jurulatih Olahraga IAAF

-

KUCHING: Seramai 24 peserta berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Olahraga (IAAF) CECS Level 1 yang berakhir di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini kelmarin.

Kursus tersebut dianjurkan oleh Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) dengan kerjasama AXIS Petra Jaya Track & Field Club, Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC), Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan Persatuan Olahraga Amatur Sarawak (SAAA).

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman merasmikan penangguha­n kursus yang bermula dari 1 hingga 12 Oktober lalu.

Menurut Fazzrudin, beliau berharap kursus tersebut dapat melahirkan lebih ramai jurulatih berkualiti dapat membantu mencungkil atletatlet olahraga tempatan mengharumk­an nama Sarawak sehingga ke persada dunia.

“Bagi kita mencapai objektif melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia, elemen-elemen lain seperti jurulatih yang baik, pertanding­an banyak dan kualiti pertanding­an yang baik adalah penting.

“Maka, kami kerjasama AXIS Petra Jaya Track & Field Club memainkan per- anan kami yang kecil untuk membantu Sarawak mencapai objektif menjadi kuasa besar dalam sukan olahraga di Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga pengurus kelab itu turut menzahirka­n rasa gembira dengan penganjura­n kursus tersebut sambil berharap kursus itu harus diperbanya­kkan di sini agar Sarawak mempunyai ramai jurulatih olahraga.

“Penganjura­n kursus tersebut penting kerana Sarawak mempunyai ramai atlet olahraga berbakat yang perlu digilap untuk diketengah­kan ke landasan lebih tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia