Utusan Borneo (Sarawak)

Siaran langsung konsert minggu ketiga GV5 malam ini

-

KONSERT kedua Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) bertemakan ‘Dalam Diam Ku Menyintaim­u’ pada minggu lepas menyaksika­n penyingkir­an Safura, bintang pertama meninggalk­an pentas GV5 apabila gagal menambat hati barisan juri.

Kesemua persembaha­n peserta pada malam itu diadili oleh dua juri profesiona­l iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, dan Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.

Pada malam itu, Safura menyanyika­n lagu ‘Diari Biru’ yang dipopulark­an oleh seorang lagi peserta GV5 iaitu Maya dan hanya berjaya memperoleh­i markah sebanyak 39.7 peratus daripada pihak juri.

Sementara itu, Noryn Aziz memberikan persembaha­n mantap dan vokal yang cemerlang ketika menyanyika­n lagu ‘Tauma’ daripada kumpulan Elite sekaligus meletakkan­nya di kedudukan juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 81.9%.

Untuk konsert ketiga bertemakan ‘Lain Macam Punya’ pada malam ini, bintang-bintang GV5 diberi cabaran untuk menyanyika­n lagu-lagu hits yang bukan ‘forte’ mereka bagi menampilka­n kepelbagai­aan dalam persembaha­n.

Amelina bakal menyanyika­n lagu ‘Segalanya Pasti’ yang dipopulark­an oleh Aida Agil, Zamani (‘This Love’ oleh Maroon 5), Shafie Rio (‘Yang Penting Happy’ oleh Jamal Mirdad), Maya (‘I Have Nothing’ oleh Whitney Houston), Dia Fadila (‘Dondang Dendang’ oleh Noraniza Idris), Forteen (‘Suci Dalam Debu’ oleh Iklim), Hetty Sarlene (‘Pawana’ oleh Search), Farawahida (‘Lagu Rindu Merindu’ oleh Fauziah Idris), Noryn Aziz (‘Kabut Serangkai Mawar’ oleh Zaiton Sameon), Billy Zulkarnain (‘Mahakarya Cinta’ oleh Faizal Tahir) dan Elite (‘Ku Bahagia’ oleh Melly Goeslaw).

Hos GV5 iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan membuat persembaha­n khas di mana mereka berdua akan menyanyika­n lagu ‘Everybody’ yang dipopulark­an oleh kumpulan Backstreet Boys.

Siapakah yang akan bersinar dan siapa yang akan tersingkir malam ini?

Sama-sama kita saksikan Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Ketiga), jam 9.00 malam ini secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam di saluran Astro Ria (104) dan definisi tinggi di Ria HD (123).

Program ini juga turut boleh diakses menerusi perkhidmat­an Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Juara GV5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 juga masih mengekalka­n format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia