Utusan Borneo (Sarawak)

Terokai Sarawak, Vietnam, Kemboja dan Indonesia dalam di TV1

-

JIKA anda sedang merancang untuk bercuti dalam negara atau pun ke negara Asia, pastikan anda meluangkan masa menyaksika­n program travelog ‘Destinasia’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 17 Oktober ini, setiap Rabu, jam 9.00 malam di TV1.

Bersama-sama hos Syafiq Nazri, program 13 episod ini membawa anda menjelajah ke beberapa lokasi pilihan di Asia untuk menghayati dan menikmati kekayaan eko-pelanconga­n yang merangkumi alam sekitar, sejarah, budaya dan gaya hidup masyarakat setempat.

Pada masa sama dapatlah anda merancang aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti yang dikongsika­n dalam program ini.

Terdapat banyak lokasi menarik yang boleh anda kunjungi bermula dalam negara seperti episod kunjungan mereka di Sarawak antaranya daerah Mukah, Padawan, dan Kuching.

Manakala perkongsia­n di negara Asia yang lain pula merangkumi daerah Huang Minh, dan Hanoi (Vietnam), Siem Reap, dan Phnom Penh (Kemboja) juga menikmati panorama indah di Bali, Indonesia.

Di daerah Mukah, Sarawak, hos rancangan membuat lawatan ekopelanco­ngan dengan berkongsi pengalaman menghayati keindahan alam semulajadi di situ dan gaya hidup orang Melanau.

Sago yang menjadi makanan utama orang Melanau dan cara memasaknya dan kuih tabaloi, pengalaman menaiki perahu sempit dan kecil di Sungai Mukah, mencari pokok rumbia, ulat sago dan berkongsi cara membuat topeng dari pelepak pokok rumbia.

Turut dikongsika­n kisah asal usul Pekan Mukah, pasar basah Mukah, persembaha­n tarian tradisi oleh kumpulan Sri Ritma Borneo, Lamin Dana (rumah lama orang Melanau) dan Jerunai (tugu peringatan orang Melanau).

Syafiq kemudianny­a melawat kawasan di sekitar Padawan, Sarawak menemui kaum etnik Bidayuh dan dapat peluang menghayati Rumah Panjang Bidayuh yang juga diusahakan sebagai program pelanconga­n Homestay.

Selain itu, beliau melakukan aktiviti membuat kraft tangan dan juga mengunjung­i kaum Penan dan kumpulan etnik Iban. Beliau mencuba pakaian tradisiona­l, makanan seperti ‘char koay teow’ cangkuk manis serta pertanding­an layar perahu kecil yang digelar Jong. Menariknya Syafiq juga berkesempa­tan melawat Kampung Budaya di Sarawak.

Melengkapk­an perkongsia­n menarik di Sarawak adalah kunjungann­ya di Kuching, memperkena­lkan tempattemp­at dan aspek sosio-budaya orang tempatan yang menarik. Sebahagian dari tempat ini juga menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara.

Paparan menarik di sini termasukla­h Jong’s Crocodile Farm and Zoo, Pasar Satok dan penjualan ikan terubuk masin, pakaian tradisiona­l suku kaum Sarawak, muzik sape, sungai-sungai di Sarawak sebagai lebuh raya dan nadi kehidupan orang Sarawak, Muzium James Brooke, Tanoti House dan tenunan Songket Sarawak serta makanan tradisiona­l seperti laksa Sarawak, mi kolok dan lemang Bertawi.

Seterusnya perjalanan ke Vietnam meninjau budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan serta menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di negara itu bermula dengan kunjungan ke daerah Huang Minh, berkongsi mengenai beberapa tempat terkenal seperti Gunung Bai Te dan Pusat Kraftangan Chen Thien Minh.

Liputan khusus diberikan mengenai Teluk Hulung satu Tapak Warisan Dunia seluas 1557 kilometer persegi di mana terdapat 1969 pulaupulau kecil. Pulau-pulau ini mempunyai gua-gua yang menarik dan unik. Turut dipaparkan ialah perniagaan terapung dari bot yang dijalankan oleh kaum wanita Vietnam yang menjual pelbagai cenderamat­a kepada pelancong.

Tidak lengkap kiranya tidak melawat Hanoi, ibu negara Vietnam. Di antara tempat-tempat yang dipaparkan ialah Dataran Ho Chi Minh, Tasik Ho Hong Kiam atau Tasik Pedang dan Kuil Ngoc Son yang terletak dalamnya, Perkampung­an Tradisi Duong Lam yang memperliha­tkan cara hidup tradisiona­l zaman dahulu di Hanoi, khazanah alam semulajadi yang terdapat di kampung itu, produk-produk kraftangan seperti perabot dan Penjara Hoa Lo yang kini menjadi muzium.

Keterujaan melawat negara Asia yang lain diteruskan dengan kunjungan ke bandar Siem Reap di Kemboja meninjau cara hidup, budaya, sejarah, warisan dan aktiviti ekonomi penduduk tempatan. Hos sempat berinterak­si dengan penduduk beragama Islam di Siem Reap yang menunaikan sembahyang di Masjid Anneak Mah, Kg Steung. Turut dikunjungi Happy Ranch Resort yang membela kuda sebagai tarikan pelancong.

Saksikan juga episod memaparkan destinasi dikunjungi Syafiq iaitu tempat-tempat menarik di Bali, Indonesia antaranya Pantai Kota Bali.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? Episod di Kemboja.
Episod di Kemboja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia