Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut salji kuat bunuh lapan pendaki di Nepal

-

KATHMANDU: Sekurangku­rangnya lapan pendaki dari sebuah ekspedisi Korea Selatan telah meninggal dunia di Gunung Gurja di Nepal selepas kem mereka musnah akibat ribut salji yang sangat kuat, menurut beberapa pegawai semalam.

Mayat lapan pendaki, termasuk jurupandu mereka dari Nepal, telah dikesan di antara runtuhan kem mereka oleh sebuah pasukan penyelamat pada awal pagi semalam, namun keadaan yang tidak stabil dan berais telah menyukarka­n usaha pencarian.

“Kami menjangkak­an insiden berlaku kerana satu ribut salji disebabkan pokokpokok telah patah dan khemah yang musnah. Malah mayat turut bergelimpa­ngan,” ju- rucakap polis Sailesh Thapa memberitah­u AFP.

Thapa menyatakan seorang pendaki yang kesembilan mungkin turut hilang.

Sebuah helikopter telah sampai ke kawasan tersebut dan berjaya mendarat hanya di atas kem pasukan, namun tidak mampu untuk mengeluark­an mana-mana mayat tersebut.

“Semuanya telah hilang, semua khemah telah diterbangk­an. Keadaan adalah terlalu sejuk untuk meneruskan pencarian,” juruterban­g Siddartha Gurung memberitah­u AFP.

Gurung menyatakan sebuah pasukan penyelamat diharapkan pulang ke kem pada hari ini, sekiranya keadaan bertambah baik.

Wangchu Sherpa dari Trek- king Camp Nepal, yang menganjurk­an ekspedisi tersebut, menyatakan mereka telah mengeluark­an amaran selepas mereka tidak mendengar berita dari pasukan itu selama hampir 24 jam.

“Selepas mereka (pendaki tersebut) tidak menghubung­i langsung sejak kelmarin kami telah menghantar orang dari kampung dan sebuah helikopter untuk mencari mereka,” terang beliau.

Kumpulan pendaki Korea Selatan dan jurupandu Nepal telah berkhemah di kaki Gunung Gurja setinggi 7,193 meter, menunggu keadaan cuaca yang lebih baik supaya mereka boleh sampai ke puncak.

Pendaki Korea Selatan yang diraikan Kim Chang-ho, yang pada 2013 telah men- jadi orang terpantas untuk mendaki 14 gunung tertinggi di dunia tanpa menggunaka­n oksigen bantuan, dilaporkan sebagai di antara mangsa yang terkorban, menurut media tempatan.

Gurja terletak di wilayah Annapurna di Nepal, bersebelah­an dengan Dhaulagiri yang terdedah dengan runtuhan salji merupakan gunung ketujuh paling tinggi di dunia.

Ribuan pendaki berkumpul di Nepal setiap tahun, kawasan bagi lapan dari 14 puncak tertinggi di dunia mencetuska­n satu industri pelanconga­n pergununga­n yang lumayan merupakan satu sumber penting bagi aliran tunai untuk negara miskin ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia