Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 16

Pasukan penyelamat guna anjing pengesan di Pantai Mexico untuk mencari mangsa yang mungkin tertimbus

-

PANTAI MEXICO: Angka kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada sekurang- kurangnya 16 orang kelmarin di sebalik kebimbanga­n ia akan berterusan untuk bertambah ketika pasukan pencari dan penyelamat memeriksa kawasan kemusnahan di pekan Florida yang mengalami serangan ribut gergasi.

“Pantai Mexico telah musnah,” Gabenor Florida Rick Scott menyatakan tentang pekan di mana Michael telah membadai sebagai satu ribut Kategori 4 pada Rabu lepas.

“Ia adalah seperti sebiji bom yang telah meletup,” menurut Scott ketika beliau melawat pekan yang mempunyai kirakira 1,000 penduduk di Selat Mexico.

“Ia seperti sebuah zon peperangan.”

Beberapa pasukan penyelamat telah menggunaka­n beberapa anjing pengesan di Pantai Mexico kelmarin dalam satu pencarian mangsa yang mungkin tertimbus di bawah runtuhan di komuniti tersebut.

Brock Long, ketua bagi Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n (FEMA), telah memberikan amaran bahawa beliau telah menjangkak­an jumlah kematian akan meningkat.

“Saya berharap kami tidak akan melihat ia bertambah secara dramatik namun saya mempunyai sebab untuk mempercaya­i kami masih belum sampai ke kawasan yang paling teruk terjejas,” kata beliau.

“Apa yang berlaku adalah mencari dan menyelamat serta cuba untuk berada hingga kawasan runtuhan bagi memastikan bahawa terdapat tiada sesiapa yang tertimbus, cuba untuk membantu sekiranya terdapat kematian tambahan di sana,” tambah Long.

Beberapa bangunan di Pantai Mexico – rumah-rumah, kedai dan restoran – telah tercabut dari tapaknya akibat dibadai ribut dan angin sekuat 155 batu sejam serta mengalihka­n ratusan kaki ke darat atau memusnahka­nnya.

Pegawai negeri menyatakan Pantai Mexico telah berada di bawah arahan pemindahan mandatori namun beberapa penduduk memutuskan untuk terus tinggal serta cuba untuk berdepan dengan ribut.

“Anda berharap bahawa pada minit terakhir sekumpulan orang keluar dan pergi ke tempat lain,” Senator Florida Marco Rubio memberitah­u CNN.

Namun berdasarka­n kepada jumlah rumah yang telah musnah, beliau menyatakan “perasaan saya adalah mereka akan menemui lebih ramai mangsa.”

Bob Tenbrunson, seorang pesara di Pantai Mexico, telah menghadapi ribut di kediaman anak perempuann­ya di Bandar Panama berhampira­n dan kembali untuk meninjau kerosakan pada rumahnya.

“Saya akan tinggal di sini sehingga ia bertukar menjadi satu ribut Cat 4,” kata beliau. “Maka saya telah mematuhi arahan pemindahan mandatori dan pergi bersama dengan isteri saya.

“Nasib baik kami tidak berdepan dengan serangan ribut,” Tenbrunson menyat- akan tentang rumahnya. “Rumah saya ditimpa dua batang pokok di bahagian bumbung dan beberapa lubang pada bumbung. Saya akan cuba untuk menampalny­a sebaik yang mungkin.”

Beberapa penduduk telah tiba kelmarin dengan beberapa van atau trak pemunggah barangan, berharap untuk menemui seberapa banyak barangan peribadi dari rumah mereka yang terjejas.

Mereka yang lain datang dengan tangan kosong seperti tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diselamatk­an.

Sekurang-kurangnya empat kematian akibat ribut yang telah disahkan di Florida, lima di Virginia, satu di Georgia dan tiga di Carolina Utara.

Pihak media AS kelmarin telah memetik pihak berkuasa di Jackson County, Florida, sebagai melaporkan tiga kematian di sana, menjadikan angka kematian akibat Michael adalah sekurangku­rangnya 16 orang.

Dua kematian terbaharu di Carolina Utara berlaku di McDowell County ketika sebuah kereta melanggar sebatang pokok yang telah tumbang di atas sebatang jalan, menurut pihak berkuasa.

Beratus ribu orang masih terputus bekalan elektrik di Florida,

Georgia dan Virginia, serta pihak berkuasa menyatakan ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum bekalan elektrik kembali sepenuhnya.

Presiden Donald Trump menyatakan beliau merancang untuk melawat Florida dan Georgia.

“Orang ramai tidak mempunyai idea bagaimana sukarnya Hurikan Michael telah melanda sebuah negeri yang hebat seperti Georgia,” Trump menyatakan di dalam Twitter. “Saya akan melawat Florida dan Georgia pada awal minggu depan. Kami sedang berusaha bersungguh­sungguh di setiap kawasan dan setiap negeri yang telah dilanda dan kami sentiasa bersama dengan anda.”

Michael merupakan hurikan yang paling kuat telah menyerang Florida Panhandle sejak penyimpana­n rekod dimulakan pada 1851.

Kira- kira 5,000 anggota perkhidmat­an AS telah dikerahkan untuk membantu dengan usaha bantuan dan pemulihan, menurut Pentagon, menggunaka­n 100 helikopter dan 1,800 kenderaan air. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BENCANA ALAM: Rumah dan premis perniagaan sepanjang laluan US 98 musnah selepas dibadai Taufan Michael, kelmarin di Pantai Mexico, Florida.
— Gambar AFP BENCANA ALAM: Rumah dan premis perniagaan sepanjang laluan US 98 musnah selepas dibadai Taufan Michael, kelmarin di Pantai Mexico, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia