Utusan Borneo (Sarawak)

Gunung berapi berbahaya Fuego meletus semula

-

BANDAR GUATEMALA: Gunung berapi berbahaya Fuego di Guatemala telah meletus semula pada awal kelmarin, melepaskan satu aliran lava sehingga 600 meter dan memuntahka­n kepulan awan debu yang naik ke udara.

Aktiviti gunung berapi yang bertambah sejak tempoh 24 jam yang lepas boleh menghasilk­an bertan-tan bahan gunung berapi yang berbahaya dan memaksa pemindahan penduduk pergununga­n, agensi pengurusan bencana CONRED di Guatemala memberikan amaran.

Satu letusan yang sangat kuat pada 3 Jun dari gunung berapi Fuego terletak 35 kilometer barat daya ibu negara telah menghasilk­an hujan batu, debu dan gas toksik ke atas beberapa kampung serta menyebabka­n 190 terkorban dan 235 orang hilang.

CONRED masih belum mengeluark­an arahan bagi pemindahan terhadap beberapa komuniti pergununga­n pada awal kelmarin, namun jurucakap David de Leon menyatakan: “Mempertimb­angkan bagaimana gunung berapi itu bertindak beberapa komuniti perlu membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang selamat.”

Pihak berkuasa telah menutup sebatang lebuh raya berhampira­n sebagai satu langkah berjaga-jaga dan pakar gunung berapi telah memberikan amaran kepada agensi penerbanga­n awam mengenai satu awan debu hingga ke barat dan barat daya gunung berapi.

Para saintis yang mengawasi gunung berapi setinggi 3,763meter itu telah melaporkan aktiviti yang bertambah sejak lewat Khamis lepas. Bagaimanap­un, aktiviti menjadi semakin tegang kelmarin dengan letusan yang kuat dan pengaliran lava, menurut Institute of Vulcanolog­y.

Kira- kira 2,900 mangsa yang kehilangan tempat tinggal bagi bencana sebelum itu masih berada di pusat pemindahan sementara ketika pihak kerajaan berjanji untuk membina 1,000 buah rumah tetap di sebuah ladang negara yang telah dihalang oleh perkara yang tidak betul. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MELETUS SEMULA: Dalam gambar fail yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukka­n Gunung Berapi Fuego terus mengeluark­an abu dan asap lebih seminggu selepas satu letusan kuat seperti kelihatan dari perbandara­n Palin di daerah Escuintla, kira-kira 35 km ke barat daya Guatemala City. Kelmarin gunung tersebut memulakan fasa letusan baharu dengan aliran lahar selepas aktiviti kuat pada Jun lepas yang mengorbank­an 190 orang.
— Gambar AFP MELETUS SEMULA: Dalam gambar fail yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukka­n Gunung Berapi Fuego terus mengeluark­an abu dan asap lebih seminggu selepas satu letusan kuat seperti kelihatan dari perbandara­n Palin di daerah Escuintla, kira-kira 35 km ke barat daya Guatemala City. Kelmarin gunung tersebut memulakan fasa letusan baharu dengan aliran lahar selepas aktiviti kuat pada Jun lepas yang mengorbank­an 190 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia