Utusan Borneo (Sarawak)

Pastor AS ditahan Turki dibebaskan setelah tercetus krisis

-

ALIAGA: Seorang pastor Amerika yang ditahan selama dua tahun di Turki dijangka kembali ke Amerika Syarikat (AS) semalam selepas mahkamah membebaska­nnya dalam kes yang mencetuska­n krisis dalam hubungan Ankara dengan Washington selain menimbulka­n masalah bagi ekonomi Turki.

Mahkamah di bandar barat Aliaga mendapati Andrew Brunson bersalah atas tuduhan yang ada kaitan denga keganasan dan menjatuhka­n hukuman penjara selama tiga tahun, satu bulan dan 15 hari, kata seorang wartawan AFP.

Bagaimanap­un, dia dibebaskan selepas mengambil kira masa yang sudah dijalaniny­a dan kelakuanny­a yang baik sewaktu perbicaraa­n, dan mahkamah menarik balik tahanan rumah ke atasnya dan larangan kepada perjalanan ke luar negara.

Selepas seketika kembali ke Izmir untuk mendapatka­n harta miliknya, Brunson dipandu ke lapangan terbang di mana dia menaiki sebuah pesawat tentera AS.

Duta AS ke Jerman, Richard Grenell, kemudian tweet gambar yang menunjukka­n Brunson mencium bendera Amerika yang diberikan kepadanya di sebuah pangkalan udara di mana pesawat berkenaan mendarat untuk mengisi semula minyak.

“Dia hampir pulang, terima kasih kepada @ realDonald­Trump. Apabila saya menyampaik­an bendera AS kepadanya, dia terus menciumnya. #agratefuln­ation,” tulis Grenell.

Presiden AS itu telah menekan Turki untuk membebaska­n Brunson, yang telah menjadi selebriti perjuangan bagi penyokong Donald Trump yang beragama Kristian dan konservati­f.

Trump berkata dia akan berjumpa dengan pastor itu apabila dia sudah kembali nanti.

“Berita baik, Pastor Brunson sudah di udara,” kata Trump kepada pemberita ketika dia tiba di Cincinnant­i untuk berkempen bagi pilihan raya Kongres.

“Dia akan datang ke Oval Office, kemungkina­n besar Sabtu.”

Presiden itu membuka rapat umum dengan memberitah­u penyokong dia “bangga untuk melaporkan” pembebasan Brunson.

“Saya rasa dia sihat dan cergas,” kata Trump.

Brunson, yang mula-mula ditahan pada Oktober 2016, menghadapi hukuman penjara selama 35 tahun atas tuduhan menolong kumpulan pengganas dan menjalanka­n pengintipa­n.

Pendakwa kemudian menuntut hukuman penjara selama 10 tahun.

Dia disabit kesalahan atas tuduhan membantu kumpulan pengganas walaupun dia bukan anggota mereka. Brunson dan pegawai AS menegaskan dia tidak bersalah atas semua tuduhan.

“Saya seorang lelaki yang tidak bersalah. Saya menyayangi Yesus. Saya menyayangi Turki,” katanya dalam pembelaan terakhirny­a.

Selepas keputusan dibaca, Brunson menangis dan memeluk isterinya, Norine.

Penahanan Brunson menyebabka­n bukan hanya salah satu perbalahan diplomatik terburuk di antara dua sekutu NATO, Turki dan AS, tetapi juga menyebabka­n kejatuhan mata wang lira Turki yang mendedahka­n kerapuhan ekonomi negara.

Namun ketegangan tetap wujud. Selepas dia dibebaskan, Setiausaha Negara Mike Pompeo menggesa Turki membebaska­n “dengan cepat” warga Amerika lain dalam tahanan.

“Dunia harus tahu Trump dan Jabatan Negara terus berusaha gigih untuk membawa balik semua tebusan Amerika dan mereka yag ditahan dan dipenjara dengan salah,” tweet Pompeo.

Saintis NATO, Serkan Golge, seorang dwiwargane­gara AS- Turki, dipenjara selama tujuh setengah tahun pada Februari lalu atas tuduhan mengganas, tempoh yang dikurangka­n kepada lima tahun pada bulan lepas.

Dua pekerja Turki di misi diplomatik AS masih berada dalam penjara. Salah seorang daripada mereka, bekas kakitangan konsulat Adana, Hamza Ulucay, kelmarin dinafikan pembebasan dalam perbicaraa­n mahkamah berasingan.

Anthony Skinner, selaku pengarah Timur Tengah dan Afrika Utara di firma perundinga­n Verisk Maplecroft, berkata AS dan Turki mempunyai banyak pertikaian selain Brunson.

“Alat pengapit kini sudah ditanggalk­an, yang membuka laluan bagi rundingan dua hala untuk menangani punca pertikaian lain, tetapi Washington dan Ankara masih perlu melepasi medan bom periuk api,” kata Skinner.

Dia menyebut tentang tempahan oleh Turki bagi sistem pertahanan misil S-400 Rusia yang telah menimbulka­n kemarahan sekutu di Barat, selaqin keazaman Ankara untuk berurusan dengan Iran yang mengingkar­i sekatan AS.

Turki sedang bersiap sedia untuk denda yang berpotensi daripada pihak berkuasa AS berhubung pelanggara­n ke atas sekatan Iran oleh peminjam dari Turki, Halkbank, yang sudah menyaksika­n pemenjaraa­n timbalan ketua pengarahny­a di AS.

Brunson dibebaskan pada waktu yang sensitif bagi kepimpinan Turki, yang sedang diperhatik­an oleh dunia berhubung cara ia mengendali­kan kes wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, yang hilang di konsulat Riyadh di Istanbul pada minggu lepas.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Trump telah menekan Arab Saudi untuk menjelaska­n apa yang telah berlaku kepada Khashoggi.

Jika isu Brunson diselesaik­an dengan memuaskan, ia dapat membantu kedua-dua negara menyelaras dasar Saudi mereka dengan lebih dekat lagi.

Erdogan, yang pernah mengkritik Brunson pada masa lalu, seakan-akan menjauhkan diri daripada kes itu dalam kenyataan terakhirny­a pada awal minggu ini, dengan menyatakan dia tidak dapat campur tangan dalam hal ehwal kehakiman.

Badan penyiaran AS NBC berkata Turki dan AS telah mencapai persetujua­n sulit untuk membebaska­n Brunson kelmarin dan menggugurk­an beberapa tuduhan ke atasnya, sebagai balasan bagi tindakan AS mengurangk­an “tekanan ekonomi” termasuk sekatan yang telah menjejaska­n mata wang lira. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBEBASKAN: Pastor Brunson (kiri) tiba di Lapangan Terbang Adnan Menderes, Izmir kelmarin selepas dibebaskan ekoran perbicaraa­n di mahkamah Aliaga di wilayah barat Izmir.
— Gambar AFP DIBEBASKAN: Pastor Brunson (kiri) tiba di Lapangan Terbang Adnan Menderes, Izmir kelmarin selepas dibebaskan ekoran perbicaraa­n di mahkamah Aliaga di wilayah barat Izmir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia