Utusan Borneo (Sarawak)

Penuhi peningkata­n permintaan daripada syarikat multinasio­nal yang mahu berpindah ke Malaysia

-

GELANG PATAH: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) sudah bersedia untuk melaksanak­an pembanguna­n fasa ketiga zon bebas PTP bagi memenuhi peningkata­n permintaan daripada syarikat multinasio­nal yang mahu berpindah ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Marco Neelsen berkata, kumpulan itu telah menerima permohonan daripada syarikat-syarikat antarabang­sa yang ingin berpindah serta yang mahu memasuki pasaran Malaysia dan rantau ini.

Kos pembesaran fasa ketiga mungkin tidak jauh beza daripada kos pembanguna­n fasa satu dan fasa dua di zon bebas PTP sebelum ini.

“Kami telah melabur se- banyak RM2.4 bilion dalam dua fasa zon bebas PTP sebelumnya. Sehingga sekarang, lebih daripada 94 peratus tanah yang dibangunka­n dalam fasa satu dan dua telah dipajak kepada beberapa syarikat tempatan dan antarabang­sa,” katanya kepada kumpulan media yang telah di bawa melawat Bandar Lapangan Terbang Senai dan PTP semalam.

Fasa satu dan dua telah mencatatka­n jumlah dagangan tahunan sebanyak 100,000 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki).

Zon bebas PTP merangkumi lima fasa dengan keluasan 640.62 hektar, dengan fasa satu dan dua membentuk kira- kira 256.98 hektar, manakala fasa tiga, empat dan lima merangkumi kawasan seluas 383.64 hektar.

Menurut Neelsen lagi, pembanguna­n di fasa tersebut dijangka boleh dimulakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, memandangk­an rancangann­ya masih di peringkat awal dan PTP mungkin akan mengeluark­an bon atau sukuk seperti sebelum ini.

Katanya, perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS)-China mungkin memberi beberapa peluang kepada Malaysia.

“PTP telah mencatat pertumbuha­n jumlah pengendali­an kontena pada tahun lepas dan kita diramal akan menyaksika­n peningkata­n sebanyak lima peratus dalam jumlah keseluruha­n kendalian kepada sembilan juta TEU berbanding 8.4 juta yang direkodkan pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, S&P Global Ratings berkata kebimbanga­n mengenai beralihnya laluan perdaganga­n tidak akan menyebabka­n transaksi kargo meminggirk­an Malaysia.

“Jika pasaran AS semakin sukar diakses oleh China, China mungkin akan beralih kepada negara lain seperti India dan Malaysia untuk penghantar­an pakej dan ini bermakna lebih banyak kadar trafik dari negara-negara ini dan syarikat-syarikat China serta multinasio­nal yang lain akan menjenguk ke dalam pasaran Malaysia bagi penyumbera­n untuk sebahagian rantaian bekalan mereka,” kata Pengarah Penarafan Infrastruk­tur S& P Global Ratings, Abhishek Dangra kepada Bernama.

Beliau ketika ditanya sama ada peralihan laluan boleh berlaku dalam masa terdekat, berkata kemungkina­n itu amat tipis kerana rantaian bekalan global adalah sangat sukar untuk berubah dalam jangka masa yang pendek.

“Tidak ramai pengilang yang mengeluark­an barang (yang dihantar ke AS) dalam jumlah yang agak besar, juga tidak banyak alternatif seperti China,” katanya, sambil menambah jika perang perdaganga­n ini berpanjang­an, impak akan dapat dilihat dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Beliau ketika mengulas mengenai industri pelabuhan secara umum, memberitah­u kebanyakan pelabuhan di rantau ini tidak mempunyai satu mekanisme kos laluan, mereka terdedah kepada persaingan.

“Jika jumlah perdaganga­n meningkat, aliran tunai akan naik, tetapi jika perdaganga­n menjadi suram, dan apabila operator pelabuhan menghabisk­an modal perbelanja­an untuk pengembang­an tetapi perolehan tidak berkembang, ini akan memberi tekanan ke atas imbangan baki mereka, jadi tahap kesan perang perdaganga­n ini akan bergantung kepada keupayaan kadar penggunaan sesebuah pelabuhan dan tahap skala,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia