Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan wujudkan tiga kategori rumah mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan tiga kategori rumah mampu milk yang akan dibina di bawah Dasar Perumahan Negara, selewat- lewatnya pertengaha­n November ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata rumah berharga RM150,000 dan ke bawah, RM150,000RM300,000 dan RM300,000RM500,000 akan termasuk dalam kategori baharu itu.

Zuraida berkata semua projek perumahan di bawah lima entiti perumahan terdiri daripada Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Bhd, Syarikat Perumahan Negara ( SPNB) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diselarask­an di bawah satu program.

“Ini bermakna entiti perumahan itu akan menggunaka­n reka bentuk yang sama, harga dan pengurusan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX 2018), di sini, kelmarin.

Zuraida berkata pelbagai usaha dilakukan untuk merapatkan jurang harga antara rumah mampu milik dan rumah mewah melalui perbincang­an berterusan dengan Bank Negara Malaysia.

“Kami juga meneliti pelbagai pilihan bagi keperluan perumahan sosial di kawasan bandar, terutamany­a skim sewa milik (RTO) dengan penyewa akan diberikan masa untuk merancang dan membeli rumah tersebut selepas lima tahun ( menyewa),” katanya sambil menamabh skim bina- dan- jual tidak menjadi sebahagian daripada agenda kementeria­n buat masa ini.

Selain itu, Zuraida optimis dengan prospek industri hartanah memandangk­an pelbagai dasar yang telah diwujudkan serta usaha berterusan yang bertujuan memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri.

Sementara itu bekas Presiden Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berharap kerajaan tidak akan memperkena­lkan cukai baharu serta kos pembanguna­n dan pematuhan ke atas industri perumahan memandangk­an ia telah pun tertekan dengan margin yang sangat rendah.

“Ia berkaitan kuantiti, bukan margin bagi kami. Margin yang dicatatkan kami (pemaju) adalah lebih kecil iaitu kira-kira 12 hingga 16 peratus berbanding 35 hingga 40 peratus kira-kira 30 tahun lepas.

“Untuk mengatakan kami kini memperoleh lebih banyak keuntungan adalah tidak benar. Kami mencatatka­n prestasi keuntungan yang hampir sama kerana kuantiti adalah lebih besar. Sebagai contohnya jika kami perlu ( menjual) 1,000 unit untuk mencapai margin kami, sekarang kami perlu menjual 3,000 unit untuk merekodkan margin yang sama,” katanya.

MAPEX 2018 yang dianjurkan REHDA selama tiga hari akan berakhir Ahad,14 Okt. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia