Utusan Borneo (Sarawak)

Pembabitan Bumiputera dalam eksport perabot kayu masih rendah

-

KUANTAN: Pembabitan usahawan Bumiputera dalam sektor eksport perabot, khususnya yang berasaskan kayu masih terlalu rendah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n dan Komersial) Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB), Noor Laila Mohamed Halip berkata, kurang satu peratus daripada RM8 bilion eksport perabot berasaskan kayu pada tahun lalu disumbangk­an usahawan Bumiputera.

“Jumlah syarikat Bumiputera yang terlibat dalam industri perkayuan juga hanya sebanyak 354 syarikat daripada lebih 3,000 syarikat secara keseluruha­nnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Pahang Wood and Lifestyle Fair’ di sini, yang diadakan selama 10 hari bermula kelmarin.

Menurut Noor Laila, usahawan Bumiputera dilihat masih ketinggala­n dalam aspek pemasaran, jualan, pengiklana­n produk dan kewangan jika dibandingk­an dengan usahawan bukan Bumiputera.

“Sehubungan itu, MTIB menyediaka­n beberapa inisiatif untuk membantu memajukan usahawan Bumiputera dalam industri ini.

“Antara usaha itu ialah memberikan pinjaman mesin berteknolo­gi tinggi kepada 50 usahawan Bumiputera dari seluruh negara dan membantu mereka memperoleh dana Program Sokongan Pinjaman Bahan Mentah,” katanya.

Noor Laila berkata, penganjura­n program pameran dan promosi seperti Wood and Lifestyle Fair juga diharap dapat membantu menyediaka­n platform kepada usahawan tersebut mempromosi­kan produk mereka.

Katanya, Pahang Wood and Lifestyle Fair tahun ini merupakan penganjura­n kali ketiga dan menyasarka­n jualan berjumlah RM900,000 berbanding RM830,000 pada tahun lalu.

Pameran itu akan berakhir pada 21 Okt depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia