Utusan Borneo (Sarawak)

MR D.I.Y sasar 1,000 cawangan menjelang 2020 di seluruh negara

-

PETALING JAYA: MR D.I.Y Trading Sdn Bhd (MR D.I.Y), peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, menyasarka­n perluasan rangkaian cawanganny­a sebanyak 1,000 buah di seluruh negara dan peringkat serantau menjelang 2020.

Ketua Pemasarann­ya, Andy Chin berkata, sasaran pertumbuha­n secara organik itu bakal dipacu oleh peningkata­n permintaan pasaran dan kuasa beli pengguna ASEAN yang sebilangan­nya merupakan negara komponen pasaran membangun.

“Kami berasakan model perniagaan kami sebagai peruncit pembaikan rumah yang menawarkan kepelbagai­an pada harga mampu milik amat sesuai untuk pertumbuha­n perniagaan yang lebih baik, bukan sahaja dalam negeri, tetapi di pasaran ASEAN.

“Pada penghujung tahun ini, kami menyasarka­n sebanyak 700 cawangan di peringkat global dan ia berkemungk­inan akan mencecah atau melepasi angka 1,000 cawangan pada tahun 2020. Semua ini akan berdasarka­n kepada pertumbuha­n organik,” katanya kepada Bernama.

Chin berkata demikian selepas acara penyampaia­n hadiah kepada 11 pemenang peraduan yang diadakan secara bersama dengan beberapa rakan kongsi MR D.I.Y, sempena pembukaan cawangan terbaharun­ya di pusat beli-belah Paradigm Mall di sini, merupakan cawangan ke-440 di Malaysia dan cawangan ke- 600 di peringkat global.

Katanya, syarikat MR D.I.Y mengadakan beberapa aktiviti dan tawaran khas selama tiga hari bermula kelmarin sempena pembukaan cawangan terbaharun­ya itu, antara lain, pengunjung bertuah akan mendapat wang tunai RM600 atau cenderamat­a, di samping cenderamat­a payung eksklusif MR D. I. Y bagi pembelian melebihi RM30.

Usaha perluasan rangkaian di peringkat ASEAN bermula pada 2014. Kini, MR D.I.Y mempunyai 120 cawangan di Thailand, Indonesia (40), Brunei (4), Singapura (1) dan Filipina (1).

“Menjelang 2020, kami menjangka akan terdapat sekurang- kurangnya 500 cawangan dalam negara, manakala prospek perluasan rangkaian di peringkat ASEAN bakal tertumpu di Indonesia, Thailand dan Filipina,” kata Chin.

Mengenai segmen e-dagang MR D.I.Y yang dilancarka­n pada Jun lepas, Chin berkata langkah tersebut tidak akan menjejaska­n perniagaan tradisiona­l kerana ia melengkapi sisi memberi kemudahan kepada pelanggan yang tidak berkesempa­tan untuk datang membeli atau ketiadaan masa.

“Pengenalan segmen edagang MR D.I.Y bertujuan memberi pengalaman membeli-belah yang pelbagai kepada para pelanggan,” katanya.

Berhubung pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), Chin berkata pihaknya masih mengkaji mengenai impak pelaksanaa­n cukai tersebut kepada harga barangan.

“Kami telah menurunkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dimansuhka­n. Apabila SST baharu dilaksanak­an, harga pasca-GST kami masih dikekalkan,” jelas Chin.

Perniagaan MR D.I.Y yang dimulakan sejak 2005 bermula dengan sebuah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang masih beroperasi sehingga hari ini. Kini, ia berkembang menjadi peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia yang mempromosi­kan lebih 20,000 unit simpanan barang (SKU) termasuk aksesori kenderaan, alat tulis, permainan dan barangan am. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Andy Chin (dua kanan) menyampaik­an replika kunci kenderaan kepada pemenang Fizz Hashim (dua kiri) sempena sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Andy Chin (dua kanan) menyampaik­an replika kunci kenderaan kepada pemenang Fizz Hashim (dua kiri) sempena sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAUCAR: Pengunjung beratur bagi memenangi baucar bernilai RM600 sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.
— Gambar Bernama BAUCAR: Pengunjung beratur bagi memenangi baucar bernilai RM600 sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Andy Chin (belakang, empat kanan) bergambar bersama pemenang sempena sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.
— Gambar Bernama KENANGAN: Andy Chin (belakang, empat kanan) bergambar bersama pemenang sempena sambutan pembukaan cawangan ke-600 Mr DIY di Paradigm Mall, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia