Utusan Borneo (Sarawak)

IHH akan tingkatkan pegangan dalam Acibadem holding kepada 90 peratus

-

KUALA LUMPUR: IHH Healthcare Bhd akan meningkatk­an kepentinga­n ekuitinya dalam anak syarikatny­a di Turki, Acibadem Holding, kepada 90 peratus daripada pemegangan saham 60 peratus ketika ini selepas mencapai perjanjian pemegang saham.

Di bawah perjanjian pemegang saham, pengasas Acibadem Holding, Mehmet Ali Aydinlar dan isterinya Hatice Seher Aydinlar, mempunyai opsyen menukarkan sehingga 15 peratus kepentinga­n ekuiti yang dipegang mereka dalam Acibadem Holdin menjadi saham baharu IHH bagi tempoh 10 tahun daripada 24 Januari 2012.

“Bagan Lalang Ventures Sdn Bhd, yang ketika ini memiliki 15 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Acibadem Holding, juga mempunyai opsyen untuk menukarkan sehingga 15 peratus daripada kepentinga­n ekuitinya menjadi saham baharu IHH dengan syarat Opsyen Aydinlar dilaksanak­an,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mehmet Ali Aydinlar dan Hatice Seher Aydinlar melaksanak­an opsyen mereka untuk menukarkan kira-kira 229.2 juta saham Acibadem Holding, mewakili 15 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Acibadem Holding, bagi kira-kira 262.2 juta saham baharu IHH.

Bagan Lalang juga melaksanak­an opsyennya untuk menukarkan kira-kira 229.2 juta saham Acibadem Holding, mewakili kira-kira 15 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Acibadem Holding, bagi kira- kira 262.2 juta saham baharu IHH.

Bagan Lalang adalah anak syarikat milik penuh tidak langsung Khazanah Nasional Bhd, yang juga merupakan pemegang saham utama IHH.

“Selepas selesai urus niaga itu, pemegangan saham Aydinlar dalam IHH akan meningkat daripada 3.23 peratus kepada 6.21 peratus manakala pemegangan saham Khazanah meningkat daripada 40.33 peratus kepada 40.91 peratus.

“Urus niaga itu memudah struktur pemegangan saham Acibadem Holding dan membolehka­n IHH mengukuhka­n lagi penguasaan­nya dalam operasinya di Turki. Ini akan memberikan keanjalan kewangan dan operasi bagi mengimbang­i lembaran imbangan Acibadem Holding,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia