Utusan Borneo (Sarawak)

MoneyMatch berjaya lakukan transaksi rentas sempadan Bantu pengguna tukar ringgit kepada euro pada kos lebih rendah

-

KUALA LUMPUR: Pemula niaga MoneyMatch Teknologi Kewangan ( FinTech), berjaya melakukan urus niaga rentas sempadan pertamanya secara langsung dari Malaysia menggunaka­n blok rantai.

Dalam satu kenyataan semalam, MoneyMatch berkata transaksi itu dilakukan dengan kerjasama Ripple San Francisco, yang akan membantu pengguna runcit menukar ringgit kepada euro pada kos yang jauh lebih rendah daripada pemindahan telegraf tradisiona­l di bank.

“Ia juga berjaya memproses transaksi dalam tempoh beberapa jam menerusi blok rantai berbanding rangkaian SWIFT tradisiona­l, yang digunakan oleh bank, yang mengambil masa minimum dua hari dan ada yang lebih lama,” katanya.

Transaski antarabang­sa pertama blok rantai secara langsung pertama dari Malaysia ke Sepanyol, dan selepas urus niaga itu, MoneyMatch turut menjalanka­n pembayaran rentas sempadan secara langsung ke blok rantai ke Jerman, Latvia dan Ireland.

“Berdasarka­n kejayaan transaksi rentas sempadan pertama ke Eropah, MoneyMatch kini dapat menawarkan harga terbaik secara berterusan pada kelajuan terpantas untuk pembayaran antarabang­sa ke Eropah.

“MoneyMatch juga akan terus bekerja dengan beberapa rakan lain yang dikawal selia ke luar negeri yang juga berada dalam blok rantai Ripple seperti India, Thailand, Amerika Syarikat dan lain-lain bidang kuasa seperti itu,” katanya.

MoneyMatch diluluskan oleh Bank Negara Malaysia menerusi FinTech Sandbox BNM dan sehingga kini, MoneyMatch kekal sebagai satu-satunya operasi FinTech yang beroperasi secara langsung dengan fungsi elektronik ketahui pelanggan anda di negara ini.

Penggunany­a boleh memindahka­n wang ke luar negara pada kadar yang lebih murah dan masa pembayaran lebih pantas, dan setakat ini telah mengurus lebih RM220 juta daripada lebih sepuluh ribu pengguna berdaftar, dengan pelanggan PKS memanfaatk­an sepenuhnya harga murah dan kepantasan pengeluara­n MoneyMatch. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia