Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PH penuhi komitmen RM8 bilion dengan hanya RM450 juta

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya menunaikan komitmen bulanan kewangan berjumlah RM8 bilion untuk pembayaran gaji, pencen bulanan dan pembayaran bonus walaupun ditinggalk­an dengan hanya RM450 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan PH telah mengharung­i tempoh lima bulan yang amat mencabar selepas 9 Mei 2018.

“Jumlah dalam Akaun Hasil Disatukan telah menurun secara mendadak daripada RM11.86 bilion pada Disember 2017 kepada hanya RM5.73 bilion pada Januari 2018, RM5.34 bilion pada Februari 2018, RM3.91 bilion pada Mac 2018 dan kemudianny­a tinggal RM450 juta pada April 2018,” katanya lagi.

Katanya, ini merupakan pemerosota­n sebanyak RM11.41 bilion dalam tempoh empat bulan sahaja.

“Ini menunjukka­n bahawa kerajaan terdahulu di bawah pimpinan BN telah berbelanja secara berlebihan sehingga berbilion ringgit setiap bulan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Akauntan Negara Datuk Saat Esa telah mengesahka­n bahawa hanya wang dalam Akaun Hasil Disatukan sahaja boleh digunakan untuk perbelanja­an Kerajaan Persekutua­n dan bukannya daripada Kumpulan Wang Disatukan, jelasnya lagi.

Saat juga telah mengesahka­n bahawa hanya RM450 juta sahaja yang tinggal di dalam akaun tersebut pada 30 April 2018, iaitu sebelum BN menyerahka­n kuasa kepada kerajaan baharu pada 9 Mei 2018, kata Lim.

Terdapat pihak tertentu yang masih lagi percaya bahawa kerajaan BN telah menyerahka­n berbilion ringgit di dalam Akaun Wang Tunai pada 30 April 2018 kepada kerajaan PH.

“Ini tidak benar. Bukan semua wang yang berada dalam Akaun Tunai boleh digunakan untuk perbelanja­an kerajaan. Akaun Tunai dan juga Akaun Pelaburan membentuk satu gabungan wang tunai yang dikutip, disimpan dan dilabur untuk tiga akaun yang berasingan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan,” katanya.

Oleh itu, tambah Lim, bukan semua Akaun Wang Tunai dan Akaun Pelaburan boleh dibelanjak­an oleh kerajaan Persekutua­n kerana bukan semua wang tersebut tergolong dalam Akaun Hasil Disatukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia