Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan timbang tawaran Melaka jadi hab pengeluara­n kereta nasional yang baharu

-

MELAKA: Kerajaan akan menimbang tawaran Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi hab pengeluara­n kereta nasional baharu negara, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan berkata tempat yang dipilih nanti perlulah konduktif, infrasuktu­r yang cukup dan mempunyai bilangan usahawan yang ramai.

“Jika di Melaka, saya fikir Alor Gajah adalah antara tempat yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2018 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu adalah antara lima menteri kabinet yang penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka pada sesi pertama istiadat penganuger­ahan semalam sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang diPertua Negeri Melaka.

Beliau antara lima menteri kabinet yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri, selain Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun, Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

“Sekiranya ramai usahawan Melaka mahu membangun bersama, maka ia mungkin akan menjadi antara tempat yang kita galakan…namun ini bergantung kepada pelabur itu sendiri untuk membuat keputusaan dan kita tidak boleh memaksa,” katanya.

Mohd Redzuan berka- ta secara peribadi beliau menyokong cadangan kerajaan negeri Melaka itu memandangk­an terdapat Composites Technology Research Malaysia (CTRM), sebuah syarikat penyelidik­an komposit dan aeroangkas­a, di negeri ini.

“Kereta nasional baharu akan menggunaka­n lebih kepada komponen daripada bahan dan teknologi canggih, sesuai dengan kemudahan yang terdapat di Melaka,” katanya.

Terdahulu dalam istiadat sama, Exco Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Pelaburan negeri, Mohd Rafiq Naizamohid­een memberitah­u pemberita kerajaan negeri Melaka menawarkan Melaka sebagai Hab Kereta Nasional Baharu Negara dan bersedia untuk memberikan kerjasama yang baik jika ia dipersetuj­ui. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mohd Redzuan (dua kanan) melihat Darjah Gemilang Seri Melaka yang diterima oleh Saifuddin selepas Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua ke-80 di Seri Negeri Ayer Keroh.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mohd Redzuan (dua kanan) melihat Darjah Gemilang Seri Melaka yang diterima oleh Saifuddin selepas Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua ke-80 di Seri Negeri Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia