Utusan Borneo (Sarawak)

Ada PKS sukar tembusi jurang digital: Tinjauan

-

KUALA LUMPUR: Penggunaan ICT dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kebanyakan­nya membabitka­n peranti peribadi berbanding proses perniagaan menyeluruh seperti Pengurusan Perhubunga­n Pelanggan dan Perancanga­n Sumber Perusahaan.

Tinjauan Pendigital­an PKS oleh Huawei Technologi­es dan SME Corp Malaysia (SME Corp), juga menunjukka­n PKS telah mencapai tahap pengkomput­eran yang tinggi, namun ada yang mendapati sukar untuk merentas jurang digitali, dengan implikasi ketara ke atas keuntungan perniagaan dan produktivi­ti.

Laporan itu juga menun- jukkan hubungan yang lemah antara PKS dan firma besar, kata SME Corp dalam satu kenyataan semalam.

Tinjauan ini merupakan antara inti pati Laporan Tahunan PKS 2017/18 yang dikeluarka­n oleh SME Corp baru-baru ini dengan tema ‘Dunia yang berhubung - Mendigital­kan PKS’.

Berikutan tinjauan itu, ‘Kertas putih bagi mempercepa­t Pendigital­an PKS Malaysia: Melepaskan Perangkap Komputer’ akan diterbitka­n dan dilancarka­n oleh SME Corp dan Huawei Technologi­es dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menurut laporan itu, PKS menyumbang RM435.1 bilion kepada ekonomi pada 2017, dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi sebanyak 7.2 peratus berbanding 5.2 peratus pada 2016.

“Sumbangan KDNK menerusi PKS terus meningkat kepada 37.1 peratus daripada 36.3 peratus pada tahun sebelumnya, manakala sumbangan PKS kepada pekerjaan keseluruha­n meningkat kepada 66.0 peratus daripada 65.3 peratus pada 2016.

“Namun, walaupun mencatat kenaikan dari segi nilai eksport kepada RM167.4 bilion pada 2017, jumlah sumbangan PKS kepada eksport adalah lebih rendah kepada 17.3 peratus (2016: 18.6 peratus)” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia