Utusan Borneo (Sarawak)

Ini kerana perkara tersebut dikendalik­an Jabatan Imigresen Malaysia

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaska­n isu penerimaan permohonan pendaftara­n anak-anak pemegang dokumen IMM13 adalah di luar pengetahua­n kerajaan negeri memandangk­an perkara tersebut dikendalik­an Jabatan Imigresen Malaysia, sebuah jabatan di bawah kerajaan pusat.

Mohd Shafie berkata beliau terkejut selepas mendapat tahu mengenai perkara itu dan mengarahka­n supaya penerimaan permohonan pendaftara­n anak-anak mendapatka­n dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13 dihentikan serta-merta.

“Kami ( kerajaan negeri) tidak mengetahui ( penerimaan permohonan anak-anak pemegang dokumen IMM13). Ketika saya mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Keselamata­n dua-tiga hari lalu, isu ini tidak ada disentuh mahupun dibincangk­an kerana kami hanya membincang­kan bagaimana cara terbaik untuk meningkatk­an keselamata­n di persempada­nan negeri.

“Saya terkejut dan mengetahui (isu itu) ketika berada di Kuching, Sarawak. Saya sertamerta mengarahka­n mereka supaya menghentik­annya ( penerimaan permohonan anak-anak pemegang dokumen IMM13) kerana perkara ini di luar pengetahua­n kami (kerajaan Sabah),” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas isu penerimaan permohonan pendaftara­n anak-anak pemegang kad IMM13 di Sabah dan Labuan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan UPKO Ke-15 di sini, semalam.

Kelmarin, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghentik­an penerimaan permohonan pendaftara­n anak-anak untuk mendapatka­n dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13 berkuat kuasa serta-merta (12 Oktober) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial menunjukka­n orang ramai dipercayai warga asing membanjiri Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen di Wisma Dang Bandang, dekat sini, seterusnya mengundang pelbagai persepsi yang mendakwa pemberian dokumen itu memudahkan mereka mendapat kad pengenalan sebagai warga tempatan.

Untuk rekod, pendaftara­n dokumen IMM13 telah dihentikan sejak 2013, yang mana, dokumen itu dikeluarka­n kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.

Mohd Shafie berkata isu berkaitan permohonan IMM13 juga tidak pernah dibincangk­an dalam kabinet negeri selain turut memberi komitmen untuk mengatasi masalah berkaitan IMM13 secara baik sekali gus memastikan isu seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa ha- dapan.

Beliau berkata permohonan dokumen pengenalan diri membabitka­n pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak seharusnya dilayan sebaliknya mereka perlu dihantar semula ke negara asal mereka kerana kerajaan telah membelanja­kan puluhan juta ringgit bagi menempatka­n PATI di Rumah Merah.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga mahu satu pendekatan proaktif dan efisien diambil dalam menangani isu rakyat tempatan Sabah terutamany­a di kawasan pedalaman yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri mahu kuasa kerajaan pusat dalam mengendali­kan pendokumen­tasian pengenalan diri khususnya bagi rakyat Sabah dipindahka­n kepada kuasa kerajaan negeri bagi membolehka­n isu PATI di negeri itu dapat diatasi secara tuntas. — Bernama

 ??  ?? TERIMA KASIH: Hamsan (kiri) menerima cendera kenangan daripada Dr. Sakinah.
TERIMA KASIH: Hamsan (kiri) menerima cendera kenangan daripada Dr. Sakinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia