Utusan Borneo (Sarawak)

Jamawi saran semua GLC, swasta di negeri ini bantu golongan memerlukan

-

KEMABONG: Semua pihak terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negeri ini disaran membantu golongan kurang berkemampu­an bagi membaik pulih atau membina baharu rumah usang demi memberi kehidupan yang lebih selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, walaupun kerajaan mempunyai bantuan dan program tertentu untuk golongan tersebut namun ianya belum mencukupi kerana jumlah kumpulan terbabit agak ramai.

“Melalui sumbangan sektor korporat termasuk GLC ini, ia akan mempercepa­tkan penyediaan rumah kepada golongan asnaf dan miskin ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah ke berapa kampung di kawasan Kemabong.

Antara kampung yang dilawat ialah Kampung Korolok, Kg. Ahuron dan Kg. Mamaitom.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dilihat sangat membantu rakyat dari aspek tersebut memandangk­an mereka sebelum ini banyak menyumbang usaha berkenaan.

Ketika ditanya mengenai keperluan bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan DUN Kemabong Jamawi memberitah­u, masih ramai golongan terbabit masih memerlukan bantuan berkenaan.

Beliau berharap kerajaan akan meneruskan programpro­gram bantuan perumahan ini demi menjamin kesejahter­aan golongan terbabit.

“Hari ini saya sendiri turun padang melihat sendiri keadaan yang berlaku dan memang agak menyedihka­n.

“Menerusi lawatan ini saya akan berusaha mencari jalan bagaimana untuk membantu golongan ini bagi memberi mereka kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Sehubungan itu, Jamawi turut mengingatk­an agar pemimpin akar umbi seperti pemaju masyarakat, ketua kampung dan pengerusi JKKK supaya memberikan laporan yang tepat dan telus agar tidak ada golongan yang tercicir menerima bantuan.

Tambah Jamawi permohonan kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanak­an projek di bawah program PPRT ini telah pun dikemukaka­n dan berharap mendapat pertimbang­an sewajarnya dari kerajaan demi kepentinga­n rakyat.

 ??  ?? PERLUKAN BANTUAN: Jamawi berbual dengan Yapoi Atuk sempena kunjungann­ya ke Kg. Mamaitom Kemabong.
PERLUKAN BANTUAN: Jamawi berbual dengan Yapoi Atuk sempena kunjungann­ya ke Kg. Mamaitom Kemabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia