Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan agama mensejahte­rakan diri dan komuniti setempat: Lo

-

KUCHING: Anggota masyarakat yang hidupnya sentiasa berpaksika­n agama sebagai tunjang kehidupan akan mensejahte­rakan diri dan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata ia bukan untuk kalangan masyarakat Muslim sahaja tetapi juga semua agama untuk berjaya dalam hidup.

“Sesungguhn­ya, kesejahter­aan dan keamanan yang sedang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada sikap hormat-menghormat­i dan bertoleran­si antara rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

“Semua agama mengesyork­an dan menuntut umatnya agar menjaga hubungan dua hala iaitu hubungan baik sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“Sekiranya anggota masyarakat dapat mengekalka­n hubungan dua hala ini dengan istiqamah, sesebuah masyarakat itu bukan sahaja dapat hidup dalam aman dan harmoni, malah dapat menjalin ukhuwah dan perpaduan ummah yang sejati,” katanya ketika berucap pada Program Bina Insan ‘Membangun Insan Berilmu’ di Dewan Batu Kitang Lama kelmarin.

Jelas beliau Sarawak sebagai sebuah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, perpaduan merupakan syarat utama bagi memastikan negeri berada dalam keadaan aman dan stabil.

Beliau meluahkan rasa ter- uja melihat pelbagai bangsa dan agama yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program atau aktiviti yang dijalankan dalam memartabat­kan bangsa dan agama.

“Walaupun bangsa dan agama kita berbeza, namun saya sangat teruja dengan kesungguha­n saudara sekalian. Oleh itu, perpecahan mestilah kita elakkan manakala perpaduan mestilah diperkukuh­kan,” tambahnya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program itu berlangsun­g kelmarin seperti melukis khat, pameran pakaian muslimah, hafazan serta pertanding­an dan masakan sunah.

Ia telah disertai sembilan Kelas Bina Insan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

 ??  ?? TAHNIAH: Lo (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta program yang dijalankan di Kuching kelmarin.
TAHNIAH: Lo (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta program yang dijalankan di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia