Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak lelaki melecur teruk, empat beradik lain cedera ringan akibat kebakaran

-

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kritikal akibat melecur teruk manakala empat adik-beradiknya melecur ringan dalam kebakaran di rumah mereka di Taman Nora, Ulu Tiram, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Mohd Lis berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran di rumah teres dua tingkat itu pada jam 11.21 pagi semalam dan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Johor Jaya serta Tebrau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba pada jam 11.39 pagi, bomba mendapati sebuah bilik berlantaik­an papan di tingkat atas rumah tersebut sudah terbakar kirakira 50 peratus, namun, kebakaran sudah dipadamkan oleh pemilik rumah serta jiran.

“Bomba kemudian menjalanka­n pemeriksaa­n di seluruh rumah itu sebelum operasi tamat pada 12.03 tengah hari,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Sufian berkata kanak-kanak yang dilaporkan kritikal ialah Mohd Firdaus Mohamad Nasir, 5, yang kini dirawat di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, akibat cedera di muka, telinga dan lengan.

Beliau berkata empat yang lain adalah kanak- kanak perempuan berumur tujuh tahun yang belum dikenalpas­ti identitiny­a, Mohd Faris Mohamad Nasir, 6, Aulia Mohamad Nasir, 3, dan Mohd Firahh (ulang: Firahh) Mohamad Nasir, 18 bulan, kesemuanya dirawat di zon kuning hospital sama.

Katanya kesemua kanakkanak tersebut difahamkan dihantar ke HSI, kira-kira 10 kilometer dari rumah itu oleh ibu mereka.

Mohd Sufian berkata pihaknya telah ke HSI bagi melihat kesemua kanakkanak itu selain bertemu dengan kedua-dua ibu bapa mereka bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia