Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekeluarga cedera diserang kanggaru

-

SYDNEY: Tiga sekeluarga menggunaka­n penyapu dan penyodok untuk menangkis serangan daripada seekor kanggaru besar yang menyebabka­n kesemua mereka cedera, seorang daripadany­a parah.

Linda Smith, 64, yang mengalami kerosakan paruparu, tulang paru-paru patah, calar balar dan kecederaan dalaman lain, menjalani pembedahan di hospital semalam selepas serangan pada malam kelmarin di rumahnya di wilayah Darling Downs, neg- eri Queensland.

Penjaga hidupan liar itu dan suaminya Jim memberi makan kepada 30 kanggaru dan wallaby di rumah mereka setiap malam berikutan kemarau teruk yang mengancam sumber makanan mereka.

Seekor kanggaru jantan setinggi enam kaki tiba-tiba menyerang Jim yang sedang memberi makan kepadanya, kata Smith kepada Perkhidmat­an Ambulans Queensland (QAS).

“Jim tersungkur dan kanggaru itu terus menyerang- nya.

“Saya pergi ke luar untuk mencuba membantuny­a dan mengambil penyapu serta sekeping roti tetapi ia menendang penyapu itu hingga terlepas dari tangan saya lalu menyerang saya,” kata Smith.

Mangsa berjaya menjauhkan kanggaru itu daripada terus menyerang suaminya dan mengambil sekeping kayu untuk mempertaha­nkan diri, sebelum anak lelaki mereka yang berusia 40 tahun keluar membantuny­a dengan memukul kepala kanggaru itu dengan penyodok.

Kanggaru itu kemudian kembali ke belukar, kata penyelia kanan operasi QAS Stephen Jones sambil menambah, serangan seumpama itu bagaimanap­un jarang berlaku.

Smith sudah 15 tahun menjadi penjaga hidupan liar dan tidak mahu haiwan itu diburu dan dibunuh.

Terdapat lebih 46 juta kanggaru di seluruh Australia mengikut kiraan kerajaan tahun lepas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia