Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki larikan telefon bimbit ibu ditahan polis

-

LIMBANG: Seorang lelaki ditahan polis disyaki melarikan sebuah telefon bimbit milik ibunya dalam kejadian berlaku di sebuah berek kerajaan di sini malam Sabtu lalu.

Suspek yang berusia 32 tahun, yang juga seorang penganggur ditahan jam 12 tengah malam Sabtu lalu ketika berada di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Limbang Suprintend­an Mohd Bukhori Saffai berkata kehilangan telefon bimbit bernilai RM650 disimpan dalam beg sandang itu disedari mangsa, seorang kakitangan kerajaan berusia 57 tahun, jam 7 malam.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek sering mendesak meminta duit untuk keperluan harian selain bertindak agresif dan merosakkan barangan dalam rumah jika permintaan­nya tidak dipenuhi mangsa.

“Suspek dipercayai masuk dalam bilik tersebut semasa mangsa berada di dapur dan masuk melalui pintu bilik yang tidak berkunci,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa juga mengesyaki anaknya terlibat penyalahgu­naan dadah dan pernah ditangkap sebelum ini.

“Hasil risikan kita berjaya menahan suspek jam 12 tengah malam Sabtu lalu di rumah mereka,” jelasnya.

Beliau menjelaska­n usaha dijalankan untuk mendapatka­n semula barang curi masih belum diperolehi.

“Tindakan reman diambil di Mahkamah Majistret Limbang semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? TAHAN: Suspek ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit ibunya.
TAHAN: Suspek ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia