Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki lakukan pecah rumah, curi direman lima hari

-

MIRI: Dua lelaki ditangkap disyaki melakukan pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman lima hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah meluluskan permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Karam Singh Karnal Singh dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Karam memberitah­u pada jam 1.25 pagi, 14 Oktober lalu seorang wanita membuat laporan polis dengan mendakwa rumahnya dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, pengadu, 37, mendakwa sekitar jam 6.54 petang, 13 Oktober lalu dia menerima panggilan telefon daripada bekas ibu mentuanya menyuruh dia membuat pemeriksaa­n rumahnya di Jalan Riam, di sini kerana pintu hadapan dan belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.

Pengadu ketika itu berada di Vista Perdana bergegas pulang ke rumah bersama bapanya dan mendapati beberapa barang hilang manakala keadaan di dalam rumah berselerak.

Antara barang hilang ialah mesin basuh, pendingin hawa, komputer, tablet, satu unit televisyen, pinggan dan pakaian.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 12.25 pagi pada 14 Oktober, polis menangkap dua lelaki diserahkan oleh dua anggota ‘ Community Policing’ kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Semasa ditangkap sekitar jam 11.23 malam, 13 Oktober lalu dua suspek terbabit didapati bersembuny­i di kawasan hadapan rumah pengadu.

Ketika ditahan, dua sus- pek terbabit ada memiliki satu alat pemotong, satu pemutar skru dan gunting.

Dalam permohonan lanjutnya, Karam memberitah­u reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 27 tahun masingmasi­ng dari Piasau Jaya dan Jalan Jee Foh 10 di sini amat diperlukan membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa mengesan barang kes justeru membebaska­n mereka lebih awal menjejaska­n siasatan lanjut polis.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari ke atas kedua-dua suspek dan tempoh reman berakhir pada 19 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia