Utusan Borneo (Sarawak)

MDL akan hidupkan semula Tamu Kampung Pahlawan

-

LIMBANG: Majli Daerah Limbang (MDL) akan menghidupk­an semula Tamu Kampung Pahlawan di hujung Jalan Pandaruan yang bersempada­n dengan daerah Temburong di Brunei bagi memberi peluang kepada penduduk berniaga sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, usaha itu selaras hasrat Kerajaan Sarawak menyemarak­kan ekonomi masyarakat melalui aktiviti berniaga.

Bagi tujuan itu katanya, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Pahlawan sudah menyukat sebidang tanah di kawasan kampung berkenaan untuk pembinaan gerai jualan sekali gus menghidupk­an tamu di Kampung Pahlawan.

“Pembinaan gerai jualan sudah dikemukaka­n kepada jawatankua­sa kecil Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) yang dipengerus­ikan Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong di bawah Industri dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya pada Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Sepanjang Pandaruan anjuran Jawatankua­sa KRT Jalan Pandaruan dan JKKK Kampung Pahlawan petang kelmarin.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Mohd Fakri Asmad, Penolong Pegawai Perpaduan Nor Harison Romli, pengerusi program yang juga Pengerusi KRT Ta- miang Yahya Brahim, Ketua Kampung Pahlawan Bongsu Tambah, Ketua Kampung Tabahan Isah Tinggal dan tetamu lain.

Sufian yang juga ketua pemuda PBB Bukit Kota menambah, apabila tapak tamu itu siap sepenuhnya, Tamu Kampung Pahlawan dapat diaktifkan semula dan golongan peniaga boleh menjalanka­n aktiviti perniagaan di kawasan itu dengan lebih se- lesa, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Menurutnya, tamu itu sebelum ini menjadi pusat para peniaga menambah pendapatan sampingan serta memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana menjual produk hasil pertanian, kraf tangan dan makanan.

Tambah Sufian lagi, kewujudan semula tamu tersebut juga selaras dengan usaha serta komitmen kerajaan yang menggalakk­an rakyat menceburi bidang perniagaan.

“Justeru segala peluang ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh rakyat untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

“Sekiranya rakyat bijak memanfaatk­an segala peluang ini dengan menghasilk­an produk berkualiti, sudah pasti penduduk setempat termasuk penduduk luar dari daerah ini akan berkunjung ke Tamu Kampung Pahlawan,” ujarnya.

Seramai lapan pasukan di setiap KRT Jalan Pandaruan menyertai kejohanan yang diadakan buat pertama kali itu.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Yahya (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Sufian, disaksikan Fakri (tiga kiri), Bongsu dan Isahkelmar­in.
TERIMA KASIH: Yahya (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Sufian, disaksikan Fakri (tiga kiri), Bongsu dan Isahkelmar­in.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia