Utusan Borneo (Sarawak)

RM780,000 peruntukan disalurkan kepada pertubuhan di Kampung Melayu Bintangor

-

KUCHING: Penduduk Kampung Melayu Bintangor menerima berita gembira apabila sebanyak RM780,000 peruntukan disalurkan kepada pelbagai pertubuhan termasuk bagi membantu mangsa kebakaran dan menaik taraf kemudahan infrastruk­tur di kampung itu.

Majlis penyampaia­n sumbangan itu disempurna­kan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol pada majlis perjumpaan dan sesi taklimat bersama ketua masyarakat di Kampung Melayu Bintangor semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Daerah Meradong Haron Madihi, wakil Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Meradong dan wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop memberitah­u, sumbangan itu adalah daripada peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) dan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Beliau menjelaska­n, daripada jumlah itu, sebanyak RM210,000 akan digunakan untuk membantu membaiki kediaman mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah barubaru ini.

“Permohonan­nya dibuat oleh jawatankua­sa surau yang berperanan sebagai pemegang amanah tragedi berkenaan.

“Beberapa bantuan lain juga disalurkan mengikut permohonan daripada pertubuhan tertentu yang dikemukaka­n oleh mereka sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, empat badan masing-masing menerima RM10,000 yang terdiri daripada Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor, SABERKAS Cawangan Meradong, Wanita PBB Meradong dan jawatankua­sa penganjura­n Pesta Limau 2018.

Pada masa sama, Kelab Anak Seni Meradong, Kelab Belia Meradong dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Abang Amin masing-masing mendapat RM5,000.

Selain itu, sebanyak RM15,000 turut disalurkan bagi membantu membina susur gajah (tempat menunggu) di SK Abang Amin.

“Sebanyak RM500,000 akan dimanfaatk­an untuk menaik taraf jalan raya dan infrastruk­tur di Kampung Melayu Bintangor dan peruntukan disalurkan melalui RTP.

“Taklimat meliputi beberapa perkara berkaitan per- ancangan projek RTP yang akan dilaksanak­an di kawasan ini dan kita juga mengemukan beberapa perkara berbangkit berkaitan keadaan politik semasa dan perancanga­n Kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut memberitah­u, satu sesi perjumpaan bersama pemimpin masyarakat Iban dalam kawasan Semop akan diadakan tidak lama lagi.

Sesi dialog dan taklimat itu bertujuan memastikan pemimpin dalam kawasan beliau mendapat maklumat tepat tentang perancanga­n pembanguna­n projek jangka pendek dan panjang di kampung masing-masing.

“Saya juga menggesa pemimpin masyarakat bekerjasam­a dengan NGO memantau projek-projek ini supaya kontraktor yang terlibat menepati spesifikas­i yang ditetapkan.

“Ini penting bagi hasil yang memuaskan dan penduduk dapat memanfaatk­annya,” ujarnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah (duduk, tengah) merakam kenangan bersama selepas perjumpaan dan sesi taklimat bersama ketua masyarakat di Kampung Melayu Bintangor semalam.
UNTUK ALBUM: Abdullah (duduk, tengah) merakam kenangan bersama selepas perjumpaan dan sesi taklimat bersama ketua masyarakat di Kampung Melayu Bintangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia