Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat digalak anjur aktiviti menderma darah

-

MIRI: Masyarakat setempat khususnya golongan belia digalak menganjurk­an aktiviti menderma darah sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan selain menambah bekalan darah di hospital.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata penganjura­n itu bukan sahaja membantu pesakit memerlukan darah tetapi turut meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai amalan murni tersebut.

“Kempen derma darah dilihat sebagai satu acara amat baik untuk kita meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n membantu orang sekeliling khususnya melibatkan nyawa.

“Malah, ada kalangan kita tidak tahu betapa besarnya nilai dan makna darah dis- umbangkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada Kempen Derma Darah anjuran Pusat Aktiviti Belia Miri (MYAC) di sini kelmarin.

Hadir sama Kaunselor Karambir Singh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut memuji usaha MYAC dalam penganjura­n aktiviti kali kelima itu.

“Ini adalah usaha murni golongan belia yang tidak jemu tampil menganjurk­an aktiviti itu dan diharapkan lebih ramai anak muda serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) bersama menganjurk­an aktiviti derma darah.

“Kita turut berterima kasih kepada mereka yang datang memberi sokongan dan kepada mereka yang berjaya menderma, sumbangan anda amat bernilai dan dihargai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia