Utusan Borneo (Sarawak)

Penempatan semula saluran paip KuchingSer­ian siap akhir tahun

-

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak berkata pihaknya sedang menempatka­n semula beberapa saluran paip Kuching-Serian bagi peringkat pertama dan dijangka siap akhir tahun ini.

Menurut siaran akhbarnya semalam, ia melibatkan penyambung­an paip air utama dan pembinaan stesen pam penggalak untuk menyalurka­n air terawat dari Loji Rawatan Air Batu Kitang serta menambah baik sistem bekalan air di kawasan Siburan dan sekitarnya.

“Pihak JBALB Sarawak sangat komited memastikan segala kejadian gangguan bekalan air diselesaik­an dengan segera.

“Segala perkembang­an terkini proses baik pulih akan dimaklumka­n kepada pengguna dari semasa ke semasa,” katanya ketika memberi maklum balas terhadap laporan media tempatan tentang isu air yang dihadapi penduduk di kawasan Siburan dan sekitarnya kelmarin.

Bagaimanap­un, kawasankaw­asan tersebut dibekalkan dengan air terawat dari Loji Rawatan Air Tapah (di bawah JBALB) dan sokongan tambahan dari Loji Rawatan Air Batu Kitang (di bawah Lembaga Air Kuching, LAK).

Masalah bekalan air yang tidak konsisten dan bertekanan rendah adalah akibat permintaan air yang semakin meningkat, sistem saluran paip air utama yang kecil dan sebahagian pengguna tinggal di kawasan tinggi.

Masalah bekalan air menjadi berlarutan disebabkan sistem saluran paip air LAK tersumbat yang mengakibat­kan bekalan air ke kawasan- kawasan di bawah kendalian JBALB terjejas bermula 10 Oktober lepas sehingga kini.

Kerja catuan air serta penghantar­an air ke kawasan terjejas juga telah dilakukan oleh pihak JBALB dan LAK sementara menunggu kerja baik pulih disiapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia