Utusan Borneo (Sarawak)

Ia mampu bantu segerakan bantuan menyelamat awal sama ada dari segi nyawa mahupun harta benda

-

SEBUYAU: Penubuhan lebih banyak pasukan tindakan kecemasan komuniti (CERT) di kawasan luar bandar mampu membantu menyegerak­an bantuan menyelamat awal sama ada dari segi nyawa mahupun harta benda.

Menteri Muda Jalan Pesisir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata dalam beberapa kes kecemasan seperti kebakaran contohnya, pihak bomba mengambil masa yang agak lama untuk tiba di tempat kejadian khasnya di kawasan luar bandar.

“Dengan adanya pasukan CERT setempat, maka risiko kemusnahan dapat dikurangka­n.

Dengan adanya pasukan CERT setempat, maka risiko kemusnahan dapat dikurangka­n.

“Dan berkemungk­inan pasukan tersebut berupaya bertindak lebih pantas dan menyelamat­kan nyawa,” katanya pada Majlis Penutupan RETRAINING CERT di Dewan Pembanguna­n Sebuyau semalam.

Seramai 141 ketua masyarakat dan komuniti setempat telah menghadiri program anjuran Petronas itu.

Ia juga merupakan program kesedaran untuk melatih kumpulan sukarelawa­n dalam kalangan komuniti untuk bertindak dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan dan bencana alam pada bila- bila masa.

Pada masa yang sama pihak Petronas telah menyumbang alat pemadam api dan kotak bantuan kecemasan kepada peserta program.

Julaihi turut menambah, penubuhan CERT juga berupaya memupuk semangat setia kawan dan kerjsama antara penduduk setempat dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Pasukan CERT Sebuyau telah ditubuhkan pada November 2013.

Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ?? KENANGAN: Julaihi bergambar bersama peserta Program Latihan Pasukan CERT di Dewan Pembanguna­n Sebuyau semalam.
KENANGAN: Julaihi bergambar bersama peserta Program Latihan Pasukan CERT di Dewan Pembanguna­n Sebuyau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia