Utusan Borneo (Sarawak)

MBM kesal difitnah tembak anjing di halaman rumah orang

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam, menyelar pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menyebarka­n mesej palsu dan fitnah ke atas pihak berkuasa tempatan itu dengan menuduh pasukan penangkap anjing (liar) MBM menembak anjing-anjing di halaman rumah orang.

Berita palsu tersebut dimuat naik ke laman sosial dan tular sejak dua hari lalu dengan segelintir pihak terus menyalahka­n pihak MBM.

MBM dalam kenyataan akhbarnya di sini semalam menepis dakwaan tanpa usul periksa tersebut kerana hasil siasatan dalaman mendapati perkara tersebut tidak berlaku, sebaliknya mesej yang dimuat naik itu palsu dan fitnah semata-mata.

Kenyataan MBM dibuktikan dengan gambar- gambar diambil yang tidak menunjukka­n kejadian seperti didakwa, sebaliknya anjing berkenaan berada di luar pintu pagar rumah terbabit.

“Secara logiknya dakwaan tersebut juga tidak mungkin kerana jika benar pasukan penangkap anjing MBM menembak anjing tersebut di halaman rumah seseorang, bagaimana kami dapat mengambil anjing berkenaan?

“Apalah gunanya bagi pasukan kami menembak anjing berkenaan jika kami tidak da- pat mengambiln­ya?” soal jurucakapn­ya dalam kenyataan tersebut sambil menambah, tujuan pasukan itu menembak anjing liar berkenaan adalah untuk mengambil anjing dan diletakkan di kawasan kurung MBM untuk diambil sampel darah kelak oleh pihak Jabatan Veterinar.

MBM dalam kenyataann­ya juga memberitah­u, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan atau aduan mengenai unit menangkap anjing daripada MBM bahawa pasukan itu ada menembak anjing di halaman rumah orang.

“Jika benar perkara seperti ini ada berlaku, maka MBM menasihati pemilik anjing atau pemilik rumah terbabit melaporkan segera perkara itu kepada kami,” jelas kenyataan itu lagi.

MBM menegaskan bahawa unit atau pasukan menangkap anjingnya sudah menjalani latihan mengikut piawaian ditetapkan dan mereka juga harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Malah terdapat arahan yang jelas kepada mereka supaya hanya menangkap anjing yang berkeliara­n yakni anjing-anjing liar di jalan dan di tempat awam serta tidak mengganggu mana-mana kawasan atau halaman peribadi orang awam,” tegasnya.

Pada masa yang sama MBM juga katanya, perlu meningkatk­an usaha berikutan berita terkini yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Bencana Negeri mengesahka­n telah mengesan anjing liar positif rabies di kawasan lapangan terbang dan Kuala Baram.

Sehubungan itu, pihak MBM sekali lagi menggesa kerjasama dan sokongan orang awam untuk membantu pihak majlis dan jawatankua­sa bencana alam (kawalan wabak penyakit) di bahagian ini untuk sama-sama mengawal wabak rabies daripada terus merebak di Miri.

“MBM memberi jaminan akan sentiasa bertindak mengikut SOP dengan meletakkan nyawa dan keselamata­n orang awam di tangga teratas dengan memberi keutamaan kepada mana-mana usaha ke arah itu.

“Sehubungan itu, kami juga amat memerlukan kerjasama dan sokongan awam di bandar raya ini,” demikian menurut MBM lagi.

Oleh yang demikian MBM sekali lagi memberitau bahawa berita palsu yang ditularkan di media sosial mengenai kejadian yang tidak benar itu dilihat sebagai fitnah dan untuk mengalihka­n perhatian awam serta menggagalk­an usaha MBM melindungi penduduk Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia