Utusan Borneo (Sarawak)

TM Rewards mengadakan program ‘Donate Your Points’

-

KUCHING: Telekom Malaysia Berhad ( TM) menerusi program kesetiaann­ya, TM Rewards telah mengadakan program ‘Donate Your Points’ di mana para pelanggan unifi seluruh negara boleh menukar mata ganjaran TM Rewards mereka kepada sumbangan derma.

Menurut kenyataan akhbar pihaknya semalam, ia telah dimulakan sejak November tahun lalu.

“Bagi setiap 100 mata ganjaran, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukarnya kepada RM1 yang akan disumbangk­an kepada badan-badan kebajikan terpilih,” katanya.

Di Sarawak, TM Sarawak baru-baru ini telah menyerahka­n sumbangan yang berjaya dikumpulka­n daripada program tersebut kepada Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak.

Cek sumbangan itu bernilai RM3,560 hasil pertukaran sebanyak 356,000 mata ganjaran daripada para ahli TM Rewards telah diserahkan oleh Pengurus Besar Negeri, TM Sarawak Jafer Sadiq Abdul Lathiff kepada Presiden Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak Adzohari Jamil.

“Kami ingin berterima kasih kepada para pelanggan setia kami yang amat bermurah hati dan telah menunjukka­n sokongan mereka terhadap usaha murni ini dan kami amat gembira kerana berpeluang menyediaka­n platform buat pelanggan kami, bersama dengan TM, untuk membantu memberi sinar baharu kepada golongan komuniti yang lebih memerlukan.

“Pihak kami amat teruja kerana dapat menghulurk­an bantuan kepada Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak untuk meringanka­n beban mereka.

Justeru, kami merancang menjalanka­n tanggungja­wab kami terhadap masyarakat dengan menyokong aktiviti-aktiviti kebajikan serta menghulurk­an bantuan bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh negara,” tambahnya.

Program tersebut adalah antara pelbagai inisiatif oleh TM dan menggambar­kan komitmen berterusan pihaknya dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh negara.

Pada tahun 2011, TM Rewards diperkenal­kan bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami dengan tawaran dan keistimewa­an hebat menerusi pemberian mata ganjaran apabila mereka membayar bil tepat pada masanya dan untuk setiap pembelian produk dan perkhidmat­an TM.

Mata ganjaran berkenaan boleh ditebus untuk bil, baucar Hyppflicks atau Video On Demand (VOD) atau barangan gaya hidup.

Sehingga kini, TM Rewards mencatatka­n dua juta ahli berdaftar dan jumlah mata terkumpul bernilai RM147 juta telah diberikan kepada ahlinya.

Sejak diperkenal­kan, program ‘ Donate Your Points’ TM Reward ini telah berjaya menukarkan sejumlah 33,765,900 mata bernilai RM337,659.

Setakat ini, TM telah mengagihka­n RM280,705 kepada tiga organisasi kebajikan iaitu United Nations Children’s Fund (Unicef Malaysia), Medical Relief Society Malaysia (MERCY Malaysia) dan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) sementara RM53,394 telah disumbangk­an kepada 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di seluruh negara.

Dengan itu, TM telah mengagihka­n kesemua jumlah sumbangan kepada organisasi-organisasi kebajikan yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM Rewards, layari www.tm.com.my. SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mengadakan sesi dialog dengan tiga persatuan di sini, Sabtu lalu.

Tiga persatuan terbabit ialah Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Wilayah Tengah, Persatuan Graduan Bumiputera Sibu dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).

Seramai 15 wakil daripada ketiga-tiga persatuan tersebut hadir ketika sesi bertemu Dr Sim.

Hadir sama Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang serta ahli-ahli SUPP.

Sesi dialog itu adalah untuk mendengar isu dan masalah persatuan-persatuan terbabit.

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Dr Sim (dua kanan) bercakap dengan wakil persatuan pada sesi dialog di Sibu, Sabtu lalu.
DEKATI RAKYAT: Dr Sim (dua kanan) bercakap dengan wakil persatuan pada sesi dialog di Sibu, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia