Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019 mesti tekankan usaha menambah baik agenda Bumiputera

-

KUCHING: Bajet 2019 mesti memberi penekanan kepada usaha menambah baik agenda Bumiputera walaupun kerajaan persekutua­n berdepan kekangan kewangan.

Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata kekangan dana yang dihadapi kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) ketika ini tidak seharusnya menjejaska­n pembiayaan untuk perniagaan Bumiputera.

“Kita sedia maklum kerajaan persekutua­n berdepan halangan untuk Bajet 2019, mereka tidak ada wang, semua orang tahu dan bercakap mengenainy­a.

“Namun apapun masalahnya, ia tidak seharusnya menjejaska­n bantuan atau pembiayaan untuk usahawan Bumiputera kerana pembanguna­n perniagaan Bumiputera adalah dalam tempoh jangka panjang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Abang Helmi menegaskan, apapun kekangan dihadapi kerajaan persekutua­n untuk menyediaka­n Bajet 2019, agenda membangunk­an usahawan Bumiputera mesti diteruskan.

“Kita tidak hanya berharap agenda Bumiputera diteruskan tetapi diperkukuh­kan lagi menerusi program-program pembiayaan dan bantuan sokongan sewajarnya,” katanya.

Beliau menambah jika kerajaan persekutua­n PH terus menghentik­an pelaksanaa­n program-program membantu usahawan Bumiputera ia akan menjejaska­n pertumbuha­n perniagaan golongan itu.

“Tahun lalu, program untuk memperkuku­hkan perniagaan Bumiputera tidak baik, banyak tidak diteruskan malah beberapa daripada program inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dibatalkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan kerajaan PH akan mencari jalan untuk memperkuku­hkan pertumbuha­n perniagaan Bumiputera di negara ini yang masih jauh ketinggala­n.

“Kita tahu ia bukan mudah. Ia sukar dilakukan tetapi kita berharap kerajaan persekutua­n PH akan mengumumka­n berita baik untuk usahawan Bumiputera di seluruh negara.

“Usahawan Bumiputera di Sarawak khususnya amat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi pembiayaan daripada kerajaan kerana rata- rata daripada mereka adalah usahawan kecil dan sederhana,” ujarnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentang Bajet 2019 pada 2 November depan dan ia merupakan bajet negara pertama buat kerajaan persekutua­n di bawah PH.

BERNAMA pada 21 September lepas melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata Bajet 2019 sebagai belanjawan yang sukar bagi kerajaan persekutua­n.

Menurut Lim, kerajaan persekutua­n perlu membetulka­n kewangan fiskal dan pada masa sama perlu meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

“Kita harap rakyat akan faham bahawa kita perlukan masa tiga tahun untuk berbuat demikian,” katanya.

 ??  ?? UNTUK PESAKIT: Lau (kiri) menyampaik­an mesin kepada Dr Ngian (tiga kanan) di Hospital Sibu.
UNTUK PESAKIT: Lau (kiri) menyampaik­an mesin kepada Dr Ngian (tiga kanan) di Hospital Sibu.
 ??  ?? ABANG HELMI
ABANG HELMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia