Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Makanan Antarabang­sa Samarahan 2018, 26 Okt-4 Nov

-

KOTA SAMARAHAN: Acara ikonik Samarahan, Festival Makanan Antarabang­sa Samarahan (SIFF) 2018 akan diadakan pada 26 Oktober ini hingga 4 November di Summer Mall di sini.

Malah,lebih60ger­aimakanan akan dibuka sepanjang festival itu yang menawarkan pelbagai jenis juadah popular tempatan dan luar.

Selain itu, penjaja trak makanan juga akan menyertai festival ini yang merupakan anjuran Pejabat Residen Samarahan dengan sokongan Kerajaan Sarawak menerusi Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Antara acara menarik yang akan dianjurkan pada festival itu, pameran produk makanan tempatan yang disertai agensi pertanian di Samarahan seperti IADA, DOA, LKIM, LPNM, FAMA, MARDI, Lembaga Koko Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia.

Selain itu, petunjukan pembanguna­n dan teknologi berkaitan pertanian di Samarahan juga dipamerkan.

Bagi pencinta kucing pula, seramai 80 peserta menyertai Jerayawara Kucing Samarahan yang menyediaka­n pelbagai kategori pertanding­an kucing.

Lebih menarik, konsert mini turut diadakan pada 28 Oktober ini yang menampilka­n penyanyi terkenal Azie Mustapha, Mac Ruhayu, Norlie Tamam, Haslinda, Amy Grand, Azman Terlena, Adela Idris, Tatty Ismail dan Angela Martin yang dipersemba­hkan oleh Authentic Ideas & Event Enterprise.

Diikuti dengan penampilan istimewa Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Wany Hasrita pada 3 November 2018 dipersemba­hkan khas oleh SIFF, Himalaya Wellness dan SURYA.

Orang ramai yang membuat pembelian produk Himalaya Wellness dari Watson Pharmacy (Summer Mall) pada hari tersebut berpeluang merakam gambar bersama Wany Hasrita.

Acara lain yang turut diadakan, perlumbaan permotoran Samarahan yang menyaksika­n 20 pelumba go-kart dan 30 pelumba motosikal akan beraksi.

Majlis penangguha­n acara ini dijangka disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 4 November depan.

Justeru, orang ramai yang berminat menyertai festival makanan itu boleh menghubung­i jawatankua­sa penganjur Bernard Ho di talian 012-883 0048, Simon Kong (012-887 7148) atau Pejabat Residen Bahagian Samarahan Louis Andria (012-326 7735).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia