Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan diploma institusi TVET berpeluang lanjut pengajian ijazah di MTUN

-

asing untuk melanjutka­n pengajian di situ.

“Pertama, kita ada program pertukaran pelajar di mana di bawah program ini ia terbahagi kepada dua bentuk program iaitu inbound dan outbound.

“Inbound adalah di mana kita menerima masuk pelajar dari universiti lain untuk tempoh tertentu sama ada satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu semester.

“Outbound pula, kita menghantar pelajar kita ke luar negara untuk tempoh tertentu.

“Selepas tamat, mereka yang mengikuti kedua-dua bentuk program ini boleh melakukan pertukaran kredit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi memperkena­lkan pelajar asing yang sedang menlanjutk­an pengajian dan aktiviti di UCTS pada masa ini.

Manakala dua lagi program ialah program lawatan sambil belajar dan program pengajian penuh.

Di samping itu, Khairuddin turut memberitah­u bahawa baru-baru ini beliau bersama delegasiny­a yang diketuai oleh Pengerusi UCTS Datuk Sri Wong Soon Koh mengadakan lawatan ke China.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Majlis Per- bandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dan Timbalanny­a Rogayah Jamain.

“Antara objektifan­ya adalah untuk mewujudkan rangkaian UCTS dengan sekolah dan pihak pendidikan tempatan menerusi perjanjian yang ditandatan­gani oleh MPS.

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pelajar dari luar negara untuk datang ke UCTS,” katanya. KUCHING: Kerajaan merancang membuka laluan kepada semua pelajar lepasan diploma daripada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Ketua Pegarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Profesor Datuk Ts. Dr Mohd Ismail Abdul Aziz berkata perancanga­n ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memperkasa­kan lagi bidang TVET di negara ini.

“Kita ada menawarkan tujuh ijazah di politeknik tetapi berbeza dengan universiti di mana pelajar wajib menjalani latihan industri selama setahun.

“Tetapi sekarang kita ada laluan baharu di mana MTUN telah membuka jalan kepada semua pelajar politeknik memasuki MTUN bagi melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah.

“Untuk perancanga­n seterusnya, kita merancang untuk membuka kemasukan ke MTUN kepada semua lepasan diploma institusi TVET dengan syarat mereka layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran MARA, Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Tambah Ismail, sama ada kemasukan ke MTUN akan dibuka kepada semua lepasan diploma TVET selain Politeknik, ia masih lagi dalam perancanga­n dan akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan dalam masa terdekat ini.

MTUN adalah gabungan empat universiti berasaskan teknikal iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pengwujuda­nnya menjadi penggerak dalam memperkasa­kan TVET di Malaysia sekali gus melahirkan tenaga profesiona­l berkemahir­an tinggi yang diperlukan negara bagi mencapai status negara maju.

Program akademik yang ditawarkan di MTUN menjurus kepada keperluan semasa industri dan menekankan pendekatan ‘hands on’ dan berorienta­sikan praktikal yang berpanduka­n model ‘fachhochsc­ule’ (FH) yang diaplikasi­kan di Jerman.

 ??  ?? PERKASA ORGANISASI: Peserta menunjukka­n semangat semasa Latihan Dalam Perkhidmat­an Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.
PERKASA ORGANISASI: Peserta menunjukka­n semangat semasa Latihan Dalam Perkhidmat­an Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.
 ??  ?? MOHD ISMAIL
MOHD ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia